HoloLens 2 Menerima Kemaskini Ke Windows 11 Percuma

TechnologyDigital
14 Apr 2023 • 9:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Set kepala realiti terimbuh (AR) Microsoft HoloLens 2 dilancarkan dengan sistem operasi Windows Holographic OS yang berasaskan Windows 10. Hari ini Microsoft mengumumkan semua HoloLens 2 akan menerima kemas kini ke Windows 11 secara percuma sebagai langkah memudahkan sokongan set kepala ini kepada pengguna.

image is not available

Penaiktarafan ke Windows 11 ini akan diberikan pada H1 2023. Selain tampalan sekuriti yang lebih baik serta konsisten untuk HoloLens 2, kemas kini ini turut membawakan beberapa ciri baharu seperti Microsoft Edge WebView2 membolehkan teknologi web semasa seperti HTML, CSS dan JavaScript digunakan pada aplikasi HoloLens 2.

Kemas kini adalah tidak wajib dan pemilik boleh kekal menggunakan Hologrphic OS sekiranya ini yang diinginkan. Dengan Microsoft telah membuang ribuan kakitangan akibat situasi pasca pandemik, antara yang terjejas ialah pasukan yang membangunkan HoloLens 2. Kedengaran ura-ura tiada lagi tumpuan akan diberikan kepada set AR dengan ia hanya akan diteruskan bagi tujuan ketenteraan seperti set kepala IVAS.