Ada Individu Guna Gambar Fauziah Nawi Kutuk Mawi, Ekin Di Platform X - "Saya Dah..."

6 Oct 2023 • 5:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon senior, Datuk Fauziah Nawi mendedahkan yang ada individu menggunakan gambarnya di platform X.

Fauziah berkata, dia telah pun membuat laporan terhadap individu yang menggunakan nama Kak Jah Sungai Dua di platform berkenaan.

“Untuk makluman ada orang yang buka akaun Twitter (X) atas nama Kak Jah Sungai Dua menggunakan gambar saya. Ini bukan akaun saya. Saya dah buat report,” tulisnya ringkas.

image is not available

Menerusi paparan tangkap layar yang dikongsi oleh Fauziah, individu berkenaan mengulas mengenai isu bayaran gerai makan yang melibatkan penyanyi Mawi dan isterinya, Ekin.

Menerusi balasan komen yang ditinggalkan oleh pengikut Fauziah, ramai menyokong tindakannya itu dan beranggapan tindakan individu menggunakan gambarnya sebagai sesuatu yang melampau.

Terdahulu, kecoh dalam kalangan netizen apabila Ekin berkongsi harga yang perlu dibayar selepas menikmati hidangan makanan laut di sebuah restoran di Johor Bahru.

Selepas perkongsian Ekin tersebut viral, pemilik kedai telah membuat kenyataan balas dan memperincikan satu persatu menu yang dipesan oleh Ekin.

BACA: "Syukur Penghargaan Ini Diberikan Ketika Masih Hidup"- Fauziah Nawi Tak Sangka Terima Gelaran Datuk Selepas...​

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved