“Ada je perangai!” – Oyen Main Dekat Tingkat 7, Tak Reti Turun Sampai Kena Panggil Bomba!

Entertainment
15 Feb 2023 • 3:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi peminat kucing di luar sana pasti ramai yang kenal dengan perangai kucing yang berwarna oren ini kan?

Baka jenis Oyen ini sering dikaitkan dengan kenakalan serta mempunyai personaliti ingin tahu yang amat tinggi, mengikut kajian kucing berwarna jingga ini lebih agresif dan playful kerana majoritinya adalah jantan.

Terbaru, sebuah perkongsian dari Balai Bomba Sri Hartamas memaparkan misi menyelamat seekor Oyen yang sedang bermain di tingkat 7 sebuah apartmen tetapi tidak tahu bagaimana untuk turun dengan selamat.

Assalamualaikum dan selamat petang.. Terima panggilan khidmat khas misi menyelamat cik oyen di tingkat 7…P/s: boleh…

Posted by Balai Bomba Sri Hartamas on Monday, February 13, 2023

Kelihatan beberapa orang anggota bomba cuba menyelamatkan kucing tersebut namun kucing itu hanya duduk tercegat dengan tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku. Ayy geram je!

Dalam sebuah perkongsian di TikTok, tuan kepada kucing tersebut @pmqq ada berkongsi bagaimana ia boleh berlaku serta menceritakan detik cemas sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

@pmqq

Fanta jumped out of the window & somehow ninja his way to the other side. He didn’t know how to come back, so had to call abang bomba to rescue him Grateful to these firefighters from Jinjang Fire and Rescue Station #abangbomba #cattok

♬ Dumb Ways to Die – Tangerine Kitty

“Fanta melompat keluar dari tingkap dan entah bagaimana dia melompat pergi ke seberang. Dia tak tahu macam mana nak balik, jadi terpaksa call abang bomba untuk selamatkan dia,” tulisnya di kapsyen.

Setakat artikel ini ditulis, vidoe berkenaan sudah mendapat lebih sejuta tontonan serta lebih 2K komen, rata-rata netizen geram dengan perwatakan si comel itu.

image is not available

Aduii, oyen ni! Bikin panas je!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.