“Ada Je Tong Sampah Dekat Tepi..” – Netizen Bengang Kaki Rokok Buang Puntung Merata

LocalEnvironment
10 Jun 2026 • 1:05 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: “Ada Je Tong Sampah Dekat Tepi..” – Netizen Bengang Kaki Rokok Buang Puntung Merata

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Amalan merokok sudah menjadi satu masalah sosial dalam kalangan masyarakat Malaysia. Antara kebimbangan ramai adalah, asap rokok ini bukan sahaja membawa kepada masalah kesihatan, bahkan juga pencemaran kawasan sekitar.

Ini berlaku apabila kebanyakan golongan tersebut akan membuang sampah merata tempat selepas selesai ‘berasap’. Antara contoh mudah yang kerap kali dilihat adalah pengguna jalan raya tidak kira pemandu kereta atau penunggang motosikal dengan selamba membuang puntung itu di atas jalan raya.

Baca Artikel Berkaitan: Rasa Terganggu Akibat Asap Rokok & Vape? Fahami Hak Anda Sebagai Golongan Bukan Perokok

Wanita Bengang Individu Tak Bertanggungjawab Buang Puntung Rokok Merata Tempat

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Adnin berkongsi dua foto menunjukkan puntung rokok yang dibuang merata tempat. Jelas Adnin, mentaliti dan sikap sebegitu membuatkannya kurang menggemari golongan perokok.

“Mentaliti perokok. Jangan tanya kenapa aku benci perokok,” katanya di ruangan kapsyen.

Image from: “Ada Je Tong Sampah Dekat Tepi..” – Netizen Bengang Kaki Rokok Buang Puntung Merata
Sumber: Threads

Masih Buang Puntung Rokok Merata Walaupun Ada Tong Sampah Berhampiran

Malah dia juga tidak faham bagaimana perokok tersebut boleh bertindak membuang puntung rokok di atas jalan walhal dakwanya terdapat tong sampah sekitar kawasan berhampiran.

Ada Cleaner Bersihkan, Tapi Tiap Malam Penuh Balik Dengan Puntung Rokok

Selepas perkongsian itu tular, ada juga individu yang secara sukarela mahu membersihkan kawasan tersebut.

Namun jelas wanita itu, pekerja pembersihan kerap membersihkan tempat itu setiap pagi, namun seperti biasa, puntung rokok akan kembali bertaburan menjelang waktu malam.

Sini pagi-pagi ada cleaner yang sapu. Tapi malam balik kerja memang penuh baliklah sampah puntung rokok ni.

Pengguna Threads, Adnin.

Baca Artikel Berkaitan: Puntung Rokok Sebenarnya Penyumbang Utama Sampah di Lautan Berbanding Straw

Baca Artikel Berkaitan: Akibat Buang Puntung Rokok Merata, 2 Lelaki Singapura Didenda RM1,000

Wanita Sifatkan Perokok Sebagai ‘Pembunuh Senyap’

Adnin dalam ruangan balas turut menyifatkan golongan perokok ini sebagai ‘silent killer’.

“Handsome, kaya, baik macam mana pun tengok pegang rokok automatik cancel (tolak). Maaf memang tak suka. Yang merokok ni sama je macam pemandu mabuk yang menyebabkan pembunuhan. Beza diorang (perokok) ni bunuh secara senyap dan perlahan,” katanya.

View on Threads

Boleh Dikenakan Kompaun Hingga RM2,000 Jika Buang Puntung Rokok Merata Tempat

Untuk info, membuang puntung rokok merata-rata di tempat awam adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan kompaun, denda sehingga RM2,000, atau menjalani Perintah Khidmat Masyarakat (PKM).

Ramai Kecewa Sikap Segelintir Perokok Yang Buang Puntung Rokok Merata Tempat

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa berang dengan sikap sesetengah perokok yang membuang puntung merata tempat dan mencamarkan persekitaran tempat awam.

Malah golongan perokok sendiri membenci kaki rokok yang tidak mengutamakan kebersihan.

“Saya hisap juga (rokok), nak buang merata-rata, rasa malu tambah pula dekat kedai orang dah sapu sampah, jadi simpan je dalam kotak. Kalau jumpa tong sampah buang je situ.

“Kadang-kadang masa hiking bukan rokok je tapi orang buang botol rata-rata sakit mata tengoknya. Harap banyaklah orang sedar benda-benda macam ni rosakkan alam,” kata seorang lelaki.

Buang Sampah Ketika Puntung Masih Menyala Boleh Undang Kebakaran

Malah ada juga netizen yang bengang dengan segelintir perokok yang membuang bahan tembakau itu ke dalam tong sampah dalam keadaan api pada puntung itu masih menyala.

“Paling bang*ngnya, api dekat puntung rokok tak padam, dia dah pergi campak dalam tong sampah depan kedai. Buatnya terbakar tong sampah tu masa orang ramai lalu lalang. Eh serabut betul la tengok diorang ni,” ujar seorang wanita.

Malah perkara sama pernah dibangkitkan, bekas Timbalan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar Terengganu, Ahmad Shah Muhamed yang mana terdapat kes kebakaran tong sampah berpunca daripada puntung rokok.

Sementara itu, ramai bersetuju bahawa sikap dan mentaliti membuang sampah-sarap merata tempat hanya akan menyusahkan orang lain.

“Tong sampah yang sebelah batang hidung ppun masih buang dekat bawah (tanah),” kata seorang netizen sambil menunjukkan video puntung rokok yang dibuang di luar kawasan tong sampah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved