“Ada juga yang tinggal di asrama” – Sungai Golok Sunyi, Ramai Pelajar Sudah Guna ICQS

Entertainment
9 Dec 2024 • 11:24 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, kecoh apabila terdapat ramai pelajar yang menggunakan pangkalan haram Sungai Golok di perbatasan Malaysia – Thailand untuk pergi ke sekolah.

Pun begitu, penggunaan pangkalan itu telah pun diharamkan berkuatkuasa 1 Disember lalu.

Menurut laporan Harian Metro, sebelum ini pangkalan haram tersebut meriah dengan pelajar menggunakan bot yang tinggal Golok, Thailand, namun bersekolah di Rantau Panjang tetapi kini situasi di situ berbeza.

image is not available

Bermula 6.45 pagi hingga 7.30 pagi di beberapa pangkalan haram yang menjadi laluan pelajar sebelum ini mendapati tiada sebarang pergerakan berlaku.

Difahamkan, kebanyakan pelajar kini menggunakan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), malah ada dalam kalangan mereka yang tinggal di asrama.

Seorang pelajar dikenali sebagai Aira berkongsi, sejak 1 Disember lalu dia memilih untuk menggunakan menggunakan ICQS untuk ke sekolah.

“Sebelum ini, memang kami naik bot ke sekolah, namun sejak 1 Disember semua pelajar sudah melalui ICQS. Ada juga yang tinggal di asrama.

Boleh dikatakan sudah tiada pelajar yang berani menggunakan bot selepas polis memaklumkan akan menangkap sesiapa sahaja yang menggunakan pangkalan haram,” katanya.

Semalam, media melaporkan, empat individu masing-masing dua lelaki tempatan dan dua warga Thailand menjadi tangkapan pertama selepas larangan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram dikuatkuasakan bermula 1 Disember lalu.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.