“Ada Kakak Pun Tak Guna La Macam Ni..” – Elisya Sandha

Entertainment
29 Oct 2026 • 10:07 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Elisya Sandha mencuri perhatian selepas berkongsi luahan mengenai sikap seorang individu yang didakwa menggunakan kedudukannya sebagai kakak untuk berkata sesuka hati sehingga mengguris perasaan.

View this post on Instagram

Advertisement

Menerusi Threads, Elisya meluahkan rasa kecewa dengan situasi tersebut dan mempersoalkan sama ada seorang adik perlu sentiasa mengalah.

Status Elisya Sandha Jadi Tanda Tanya

f

“I ni sebenarnya jaranglah nak tulis-tulis macam ni, tapi hati ni dah sakit sangat. Memang kalau jadi adik kena mengalah, ya? You fikir you kakak, you bolehlah nak cakap apa you nak cakap sampai sakitkan hati orang?

“Ada kakak pun tak guna lah macam ni!”

Hantaran berkenaan kemudian menarik perhatian pengguna media sosial yang tertanya-tanya mengenai perkara sebenar di sebalik luahan tersebut.

Netizen Syak Ada Kaitan Dengan Drama Baharu

Bagaimanapun, sebahagian netizen tidak terus menganggap luahan tersebut sebagai konflik sebenar.

Sebaliknya, mereka mula berpendapat hantaran Elisya mungkin merupakan sebahagian daripada strategi pemasaran atau teaser untuk drama terbaharunya, memandangkan luahan tersebut dilihat seolah-olah menggambarkan konflik antara adik-beradik.

Antara komen yang ditinggalkan termasuk:

“Ni drama episode berapa? Nk tgk kakak tu cakap apa!”

“Antara ramai adik-beradik artis, I paling susah nak percaya you and Fasha akan bergaduh. So cepatlah bagitahu yang ni teaser untuk next drama je kannn?”

“Bagitau jeee laa drama apa pulak nak keluar ni…. kita orang tak cayaaaa.”

Ada juga yang meminta Elisya mendedahkan tajuk drama dan watak yang bakal dilakonkan.

“Drama tajuk dia apa? Siapa pegang character kakak dalam drama ni?”

“Reveal je tajuk drama baru apa dan bila keluar? Insya-Allah ada je orang nak support tu.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: “Saya Mohon Ampun Dan Maaf…” – Ziela Jalil Berkongsi Mengenai Hubungan Dengan Bekas Madu Baru, Puan Seri Faizah

The post “Ada Kakak Pun Tak Guna La Macam Ni..” – Elisya Sandha first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved