Penyanyi Kaka Azraff mencuri perhatian apabila berkongsi luahan mengenai tanggungjawab seorang lelaki terhadap anak-anak di Threads.
Menerusi perkongsian tersebut, Kaka seolah-olah menyindir sikap seorang lelaki yang didakwa mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak, namun masih mempunyai masa untuk berseronok.
Advertisement
“Anak kau abai, party kau sampai.
Lelaki bodoh takde akai,” tulisnya.
Bagaimanapun, Kaka tidak menjelaskan sama ada luahan berkenaan ditujukan kepada individu tertentu atau sekadar pandangan berdasarkan pengalaman yang dilaluinya.
Hantaran Threads Kaka Azraff Undang Perhatian Ramai?
Perkongsian tersebut pantas mendapat perhatian netizen yang rata-rata memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi itu.
Malah, ada yang mula membuat andaian mengenai individu yang dimaksudkan Kaka, termasuk mengaitkannya dengan bekas suaminya.
View this post on Instagram
“Penceritaannya sampaiiiiiiii kak.”
“Moga kakakku jumpa jodoh lebih baikkk.”
“Semoga dipermudahkan ”
“Ex hubby ke? ”
“Deep.”
Namun begitu, Kaka tidak menyebut nama mana-mana individu dalam hantaran berkenaan dan tidak mengesahkan bahawa luahan tersebut mempunyai kaitan dengan bekas suaminya.
Bekas Suami Kaka Azraff Dan Anak-Anak
Untuk rekod, Kaka mendirikan rumah tangga bersama Adam pada 14 Disember 2018.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aslan, 6, Aryan, 5, dan Atta Adam.
Pasangan itu dilaporkan bercerai pada 28 Oktober 2024 sebelum kembali rujuk pada awal 2025 ketika masih dalam tempoh idah.
Bagaimanapun, rumah tangga mereka sekali lagi berakhir dengan perceraian pada 4 Jun lalu.
Sehingga kini, Kaka tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai individu yang dimaksudkan dalam luahan tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Netizen Korek Foto Lama, Dakwa Ada Petunjuk Hael Husaini & Dayang Nurfaizah Sudah Kahwin?
The post “Anak Kau Abai, Party Kau Sampai” – Kaka Azraff Luah Perasaan Di Threads first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






