"Ada Kesan Pukul Pada Badan & Luka Koyak Di Kemaluan" - Kes Dera Anak Angkat Sampai Mati, Suami Isteri Direman

11 Jun 2024 • 3:52 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Pasangan suami isteri disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun sehingga maut dalam kejadian di Taman Malkop di sini semalam, direman enam hari bermula hari ini.

image is not available

Perintah reman terhadap lelaki berusia 66 tahun dan isterinya berumur 27 tahun itu dikeluarkan Majistret S. Punitha.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam kenyataan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan kira-kira 9.45 pagi semalam.

Beliau berkata kanak-kanak itu yang merupakan anak angkat pasangan terbabit dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia selepas itu.

Menurutnya terdapat kesan pukul pada seluruh anggota badan mangsa menggunakan objek tumpul selain luka akibat koyakan pada bahagian saluran peranakan serta dubur.

Abang Zainal Abidin berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Norazlina Rais Ahmad di talian 013-6282176 atau tampil ke mana-mana balai polis berdekatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved