Rogol Kanak-Kanak 12 Tahun, Remaja Lelaki 15 Tahun Dihantar Ke Hunrey Gurney Kuching

11 Jun 2024 • 3:51 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Suspek dihantar ke sekolah Hunrey Gurney Puncak Borneo

Rogol Kanak-Kanak 12 Tahun, Remaja Lelaki 15 Tahun Dihantar Ke Hunrey Gurney Kuching. Mahkamah Majistret Kuching hari ini menghantar seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ke Sekolah Henry Gurney di Puncak Borneo selama tiga tahun atas tuduhan merogol seorang gadis berusia 12 tahun ketika itu tahun lepas.

Majistret Zubaidah Sharkawi membuat perintah itu selepas mendengar laporan percubaan yang dibentangkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di mahkamah hari ini.

image is not available
Rogol Kanak-Kanak 12 Tahun, Remaja Lelaki 15 Tahun Dihantar Ke Hunrey Gurney Kuching. Sumber: The Borneo Post

Remaja tersebut mengaku bersalah di hadapan Zubaidah selepas didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Dia melakukan kesalahan itu di tangga sebuah pusat beli-belah di sini kira-kira jam 1.30 tengah hari pada 17 Dis 2023.

Berdasarkan fakta kes, mangsa pada 20 Dis 2023 memaklumkan ibunya telah melakukan perkara tidak bermoral itu dengan kanak-kanak lelaki itu, menyebabkan ibunya membuat laporan polis.

Tertuduhh ditahan pada 21 Dis 2023.

Siasatan mendapati suspek melakukan hubungan seks dengan gadis itu dan laporan perubatan mengesahkan dia mengalami koyakan di bahagian sulitnya.

Pendakwaan kes oleh ASP Arman Ibrahim manakala remaja tersebut tidak diwakili peguam.

Baca lagi artikel menarik: