“Ada Kim Seonho Tapi..” – Meski Dibarisi Pelakon Popular, ‘The Tyrant’ Dikritik Dek Hal Ini

EntertainmentMovie
16 Aug 2024 • 1:34 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Ramai katanya sibuk menonton “The Tyrant” kini kerana ia merupakan kemunculan pertama Kim Seon-ho dalam drama setelah sekian lama berehat.

Terbaru, Kim Seon-ho membuat kemunculan semula yang dinanti-nantikan bersama Cha Seung-won, Kim Kang-woo, dan Jo Yoon-soo dalam siri “The Tyrant” yang mengisahkan tentang perlumbaan untuk mencari senjata biologi yang dicuri.

Teaser untuk siri ini menjanjikan sebuah thriller penuh aksi yang menyelami tema-tema gelap, tetapi “The Tyrant” secara nyata turut terlalu gelap untuk ditonton dalam beberapa babaknya.

Menurut penonton, beberapa adegan dalam siri empat episod ini mempunyai pencahayaan yang teruk dan “terlalu gelap sehingga anda hampir tidak dapat melihat apa yang sedang berlaku.”

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.