“Ada king crab weh!” – Keluarga Buat Kejutan Hadiah Konvo Macam Rombongan Pengantin

Entertainment
1 Dec 2023 • 5:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak kebelakangan ini, ramai pelajar menghadiri hari konvokesyen di universiti masing-masing dan kebiasaannya, mereka akan menerima hadiah bouquet bunga, coklat ataupun jambangan duit bagi menghargai titik peluh setelah belajar selama beberapa tahun.

Namun begitu, seorang graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), telah menerima kejutan hadiah yang rare daripada keluarganya.

Hadiah dalam kotak hantaran

Dalam video yang tular di TikTok itu, keluarga graduan tersebut sedang berjalan dalam rombongan sambil memegang beberapa hadiah dalam kotak yang dihias cantik. Kotak-kotak tersebut diisi dengan pelbagai jenis hadiah.

Dari jauh lagi graduan itu tertawa melihat gelagat keluarganya yang sporting kerana membuat surprise ala-ala rombongan pengantin. Orang ramai yang berada di situ juga teruja melihat keluarga mereka sehinggakan ada yang mahu bergambar bersama-sama.

Semua hadiah rare ye!

Dalam hantaran yang lain, pengguna TikTok itu ada memuat naik video kompilasi hadiah-hadiah dalam kotak hantaran tersebut. Setiap hadiah yang diterima ada kisahnya yang tersendiri.

Hadiah yang paling rare adalah makanan kegemaran graduan tersebut iaitu king crab. Dalam kotak yang lain, mereka juga meletakkan telur dadar di dalam kotak hantaran kerana graduan itu sangat menyukai telur dadar.

image is not available

image is not available

Selain itu, ada makanan lain yang turut dijadikan hadiah iaitu kuaci dan manisan.

image is not available image is not available

Bukan itu sahaja, mereka memberikannya baju kelawar, kain batik, tudung, baju kemeja, ubat resdung dan gubahan wang kertas RM50.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Menyingkap di ruangan balas, ramai netizen teruja melihat hadiah yang diterima oleh graduan itu.

image is not available image is not available

Wow! Agak-agak berapa ye jumlah hantaran konvo ni ye?

Sumber: TikTok

 

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article