Ada Kuih-Muih Dan ‘Sale’ Baju Raya Murah, Anda Harus Ke Mini Bazaar Rumah Jualan Di Sarikei

6 Apr 2023 • 3:43 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jom jalan-jalan di Sarikei hujung minggu ni

Ada Kuih-Muih Dan Baju Raya, Mini Bazaar Rumah Jualan Di Sarikei Tarik Perhatian Ramai. Jika anda sedang mencari tempat untuk membeli baju raya murah atau mahu yang menawar jualan juadah kuih-muih, terdapat satu tempat di Sarikei anda boleh pergi.

Bermula hari Jumaat (7 April) sehingga hari Ahad, Mini Bazaar Rumah Jualan Sarikei akan melakukan jualan lelong barangan jadi jangan lepaskan peluang ini!

image is not available
Ada Kuih-Muih Dan ‘Sale’ Baju Raya Murah, Anda Harus Ke Mini Bazaar Rumah Jualan Di Sarikei

Pelbagai jenis kuih-muih menarik yang sentiasa segar

Be spoilt for choice dengan pilihan daripada pelbagai jenis kuih-muih yang ditawarkan, serta makanan ringan lain seperti cheesy wedges dan hot dog serta pelbagai jenis pastry.

Sementara itu, anda juga boleh memilih untuk melihat koleksi baju raya yang berpelbagaian, semuanya dijual pada harga yang berpatutan!

Selain itu, bazaar mini ini juga menawarkan pelbagai jenis aksesori seperti pin tudung dan sebagainya.

Jika anda berminat untuk ke Mini Bazar Rumah Jualan Sarikei, mereka akan mengadakan jualan pada hari Jumaat (7 April) sehingga Ahad, di mana mereka akan melakukan jualan lelong barangan rumah dengan harga yang murah!

Lokasi: LOT 440, JLN ALLAMANDA LORONG 8, KPG SEBERANG SARIKEI.

Lagi di sini: