KPDN : Berhati-Hati Dan Waspada Dengan Scam Baju Raya Di Media Sosial

TechnologyDigital
6 Apr 2023 • 8:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini mengingatkan orang ramai untuk berwaspada dengan penipuan dan scam melibatkan jualan baju raya secara atas-talian, melalui media sosial.

image is not available

Melalui perkongsian pihak kerajaan, ia didapati penipu berkenaan membuat iklan baju raya dengan tawaran murah di media sosial, dan menarik mangsa untuk membuat pembayaran ke akaun perseorangan.

Seterusnya, apabila mangsa bertanyakan status penghantaran, penipu berkenaan memaklumkan terdapat sekatan penghantaran dan meminta membuat bayaran tambahan.

Penipu ini juga kemudiannya akan menukar identiti ke akaun lain di media sosial apabila mangsa menyedari ditipu.

Orang ramai diminta berhati-hati ketika melakukan pembelian atas-talian, termasuk menyemak terlebih dahulu maklumat perniagaan, dan pastikan perniagaan mereka berdaftar dengan SSM.