Ada Laluan Ditutup, Ini Saranan Laluan Untuk Ke Sambutan Tahun Baru Di Stadium Perpaduan Kelak

31 Dec 2022 • 8:06 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Acara sambutan tahun baru akan diadakan di Stadium Perpaduan Kuching

Ada Laluan Ditutup, Ini Saranan Laluan Untuk Ke Sambutan Tahun Baru Di Stadium Perpaduan Kelak. Kurang daripada 24 jam, kita akan menjemput kedatangan tahun baru 2023. Pejam celik, pejam celik, tak terasa kita akan tinggalkan tahun 2022 dengan seribu satu kenangan.

Sudah menjadi satu kebiasaan untuk kita menyambut tahun baru dengan acara sambutan tahun baru yang diadakan dengan penuh gilang-gemilang dengan pelbagai acara disertakan dengan percikan bunga api. Tahun ini, acara sambutan tahun baru 2023 ini akan diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching.

image is not available
Ada Laluan Ditutup, Ini Saranan Laluan Untuk Ke Sambutan Tahun Baru Di Stadium Perpaduan Kelak. Sumber gambar: astro AWANI

Beberapa laluan akan di tutup mula jam 7 malam sehingga jam 1 pagi

Oleh kerana acara sambutan ini sudah pasti akan menghimpunkan ribuan manusia, yang pasti banyak juga kenderaan akan berada di atas jalanraya ketika itu. Oleh itu, untuk melancarkan acara sambutan ini, beberapa laluan akan mula ditutup bermula jam 7 malam sehingga 1 pagi.

image is not available
Ada Laluan Ditutup, Ini Saranan Laluan Untuk Ke Sambutan Tahun Baru Di Stadium Perpaduan Kelak. Sumber gambar: BORNEO POST online

Antara laluan yang akan ditutup adalah laluan dari Jalan Diplomatik menuju ke bulatan stadium dan laluan dari bulatan Kesuma menghala ke bulatan stadium juga adalah antara laluan yang akan ditutup sepanjang acara.

Orang ramai disarankan guna laluan yang telah dicadangkan untuk memudahkan pergerakan keluar masuk sepanjang sambutan

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk menggunakan laluan yang telah dicadangkan. Untuk orang ramai yang datang dari arah bulatan Sesco, anda perlu membuat pusingan U di bulatan Casuarina lalu masuk ke simpang jalan Stadium.

Bukan itu sahaja, kenderaan yang melalui jalan Diplomatik pula boleh terus masuk ke kawasan tempat letak kenderaan yang disediakan di belakang Stadium Sarawak.

image is not available
Sumber gambar: BORNEO POST online

Selepas acara selesai pula, orang ramai juga disarankan untuk melalui 2 laluan mengikut laluan yang mereka guna ketika masuk pada awal tadi. Dimana, kenderaan yang keluar menggunakan jalan Diplomatik akan terus menghala ke Demak dan kenderaan yang keluar menggunakan jalan Stadium akan terus menghala ke jalan Casuarina.

Orang ramai juga disarankan untuk tidak meletakkan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas

Semoga orang ramai yang ingin menyaksikan sambutan ini memberi kerjasama yang sepenuhnya dengan menggunakan laluan yang tepat dan tidak meletakkan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Begitu juga dengan orang ramai yang mengunjungi dan meraikan sambutan tahun baru di sekitar Waterfront Kuching. Mereka juga dinasihatkan supaya tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan seperti di kawasan Main Bazaar, jalan Tun Ahmad Hj Openg dan jalan Gambir.

Semoga sambutan kali ini berjalan dengan lancar dan banyak juga aktiviti yang boleh anda lakukan sepanjang hari pada 31 Disember ini, seperti: