⁠”Ada lifetime warranty” – Poket Baju Kurta Raya Berlubang, Cara Customer Service Jenama Khatam Dipuji Netizen

Entertainment
13 Apr 2024 • 10:00 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah jenama pakaian iaitu jenama Khatam telah menjadi perhatian netizen apabila jenama tersebut menawarkan lifetime warranty atau tempoh jaminan seumur hidup kepada pelanggan yang membeli baju-baju keluaran mereka.

Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial X yang dikenali sebagai Aizuddin Manap telah berkongsi di platform X tentang baju kurta jenama Khatam yang dibelinya yang koyak sedikit di bahagian poket baju meskipun baru dipakai.

Apa yang menarik perhatian netizen ialah pihak jenama Khatam menerusi khidmat pelanggan mereka telah memberi respon kepada Aizuddin tentang masalah bajunya itu.

Pihak Khatam menerusi X terlebih dahulu telah memohon maaf kepada pelanggan mereka tentang jahitan pada poket baju yang longgar itu.

Pihak jenama itu kemudiannya mengatakan bahawa pelanggan boleh ke mana-mana cawangan butik Khatam menukar pakaian tersebut kepada pakaian yang baru.

Jika pakaian yang rosak itu telah dipakai dan tag juga telah dibuang, pelanggan boleh hantar baju tersebut ke butik mereka untuk dibaiki. Difahamkan, tukang jahit butik Khatam akan membaikinya semula dalam masa 4 atau 5 hari bekerja.

Ini kerana jenama Khatam memang menawarkan lifetime warranty kepada para pelanggan mereka untuk membaiki jahitan yang terbuka atau longgar seperti baju individu tadi.

Rata-rata warganet memuji khidmat pelanggan atau customer service yang disediakan oleh jenama Khatam ini kerana sangat membantu masalah-masalah baju yang telah dibeli pelanggan.

Malah, dalam thread di X yang sama juga, dapat dilihat bahawa jenama ini menjawab soalan-soalan pelanggan dengan penuh berhemah.

Memang bagus brand Khatam ni kan, Harapnya cara mereka layan pelanggan akan dicontohi oleh jenama-jenama lain di pasaran juga.

Sumber: X @khatamkl

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.