Ada Naan Cheese Tarik Kegemaran Ramai, Nikmati Sajian Menarik Di Ceylonese Restaurant Kuching Ini

28 Jul 2023 • 11:06 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Restoran menarik di Kuching.

Ada Naan Cheese Tarik Kegemaran Ramai, Nikmati Sajian Menarik Di Ceylonese Restaurant Kuching Ini. Salah satu port makan kegemaran ramai penduduk lokal di Kuching, Ceylonese Restoran ini terkenal dengan menu istimewa mereka iaitu Naan Cheese tarik yang amat menyelerakan.

Di Ceylonese Restaurant, anda boleh menikmati 3 jenis Naan Cheese iaitu Original Cheese Naan, Double Cheese Naan dan juga Triple Cheese Naan. Menu lazat ini juga akan digandingkan dengan kuah pencicah yang lazat!

image is not available
Ada Naan Cheese Tarik Kegemaran Ramai, Nikmati Sajian Menarik Di Ceylonese Restaurant Kuching Ini. Kredit foto: FB Joseph Wong Meng Choi

image is not available
Kredit foto: FB Ceylonese Restaurant

Ada nasi briyani daun pisang

Selain daripada menu popular mereka iaitu Naan Cheese, di sini juga popular dengan hidangan nasi briyani yang dihidang menggunakan daun pisang. Anda boleh memilih sama ada anda inginkan briyani ayam atau briyani kambing.

Menu lain seperti Banana Cheese, Ceylonese Fries, Garlic Naan, Plain Naan, Sri Lankan Lamb Curry, Butter Chicken, Tandoori Chicken dan Lamb Rogan Josh juga ada di sini.

image is not available
Kredit foto: FB Chin Chin

Port makan yang mesti dicuba

Jika anda singgah ke Kuching, Ceylonese Restaurant di Jalan Green Hill ini adalah salah satu port makan yang anda patut cuba kerana semua makanan di sini memang enak dan dijamin memuaskan.

Tunggu apa lagi, jangan lupa bawa keluarga anda untuk menjamu selera di restoran popular di Kuching ini!

Lokasi: 23 22, Jalan Green Hill, 93100 Kuching, Sarawak.

Lagi tempat makan menarik untuk anda di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved