Rupanya Berasal Dari Kuching Sarawak, Ahli Kumpulan Dolla Ini Menarik Perhatian Ramai

23 Jul 2023 • 4:44 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Just watch me glow! – Dolla

Rupanya Berasal Dari Kuching Sarawak, Ahli Kumpulan Dolla Ini Menarik Perhatian Ramai. Semalam kita telah digegarkan dengan sebuah konsert yang dianjurkan sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka bertempatkan di Padang Merdeka, Kuching.

Ramai artis tempatan dan luar negara turut memeriahkan konsert semalam dan salah satunya adalah Dolla, kumpulan pop wanita yang telah menarik perhatian ramai.

image is not available
Rupanya Berasal Dari Kuching Sarawak, Ahli Kumpulan Dolla Ini Menarik Perhatian Ramai

Siapa sangka rupanya salah seorang ahli kumpulan Dolla ini ada yang berasal dari Kuching Sarawak!

Kumpulan ini terdiri daripada empat ahli iaitu Sabronzo, Tabby, Angel, dan Syasya, di bawah pengurusan Universal Music Malaysia.

Salah seorang ahli kumpulan DOLLA yang menarik perhatian adalah Angelina Chai Ka Ying, atau lebih dikenali sebagai Angel. Beliau merupakan gadis yang berasal dari Kuching, Sarawak.

Angel telah mengakui bahawa beliau sangat teruja apabila berpeluang untuk membuat persembahan di hadapan rakyat Sarawak.

image is not available

Persembahan DOLLA pada setiap pentas turut menjadi tumpuan dan kegembiraan.

Angel, dengan visualnya yang menawan, telah menarik perhatian banyak warga Sarawak. Beliau telah mencuri hati peminat dengan imej yang memukau.

Bagi Angel, ini merupakan kali pertama beliau dan kumpulannya berada di tanah kelahirannya, dan kebanggaan itu pasti terpancar dari wajahnya.

Angel turut berkongsi perasaannya tentang pengalaman yang mengujakan ini. Beliau menyatakan, “Saya sangat bangga dapat membawa kumpulan DOLLA untuk membuat persembahan di Negeri Kuching.” Semangatnya dapat dirasai dalam setiap kata-kata yang diungkapkan.

image is not available

Kumpulan ini membuktikan bahawa Malaysia mempunyai potensi untuk menghasilkan bakat-bakat yang unggul dalam industri hiburan. All the best Dolla! Korang show love and support dekat Dolla tauu! Stream Look At This

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah: