Ada Najis Tikus Dan Lipas, 2 Restoran Yang Jadi Lokasi Lepak Pelajar IPT Diarahkan Tutup 14 Hari

Entertainment
11 Oct 2025 • 1:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dua buah restoran di Gelugor, Pulau Pinang yang sering menjadi tumpuan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di kawasan itu diarahkan tutup selama 14 hari oleh Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut selepas didapati kotor.

Menurut Harian Metro, salah satu daripada restoran tersebut ialah restoran makanan ala Thai manakala satu lagi restoran adalah premis makanan nasi Arab yang terletak berdekatan antara satu sama lain.

Difahamkan, najis tikus dan lipas telah ditemui di dalam premis makanan berkenaan.

Bukan itu sahaja, dinding, lantai, dapur dan siling premis tersebut juga didapati berada dalam keadaan kotor.

image is not available

Difahamkan juga, pengendali restoran tidak mendapatkan suntikan antitifoid untuk mengendalikan restoran tersebut.

image is not available

Pelbagai lagi kesalahan turut didapati di salah sebuah restoran tersebut, antaranya menyimpan peti sejuk yang rosak di kawasan premis dan tidak menyah beku ayam dengan cara yang betul serta banyak lagi.

Selain notis penutupan selama 14 hari, kompaun berjumlah RM1,000 untuk setiap restoran juga telah diberikan kepada kedua-dua premis berkenaan.

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved