“Ada ni ha tengah…” – Bekas Isteri Shuk Sahar Bagi ‘Hint’ Tengah Buat Persediaan Kahwin?

Entertainment
25 Oct 2023 • 4:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Antara kontroversi yang menarik perhatian netizen dahulu ialah hubungan rumah tangga pelakon serta pelawak terkenal Shuk Sahar dengan bekas isteri, Rossa Sera.

Gosip berkenaan hubungan mereka akhirnya terjawab selepas kedua-dua mereka disahkan bercerai pada bulan Mac tahun ini.

Pun begitu, hari ini sebuah perkongsian di IG Story milik Rosa Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah menarik perhatian netizen.

image is not available

“Ada ni ha tengah buat proposal kahwin,” tulisnya.

Dalam posting berkenaan, Rossa yang juga seorang usahawan makanan itu memuat naik gambarnya di hadapan laptop seperti sedang bekerja dengan memberi bayang seakan dia sedang merancang untuk berkahwin.

Pun begitu, setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan berkenaan IG Story yang dimuat naiknya itu.

Sebagai info, Shuk dan Rossa Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimi.

Perkahwinan mereka disahkan berakhir pada 22 Mac lalu dengan talak satu selepas mereka berdua menunaikan ibadah umrah bersama-sama.

Wah, kalau betul ni, kita sama-sama doakan ok?

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.