“Ada Orang Meroyan La Geng” – Rossa Sera Geram Farra Salleh Sebar Nombor Telefonnya

26 Jul 2023 • 12:57 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Rossa Sera iaitu bekas isteri kepada pelawak, Shuk Sahar meluahkan rasa geram apabila wanita yang pernah menjadi penyebab keruntuhan rumah tangganya membuat provokasi di laman Instagram.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram Story, wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh memuat naik tangkap layar yang menunjukkan nombor telefon milik Rossa tanpa dikaburkan.

Malah, Fara turut mendakwa Rossa tetap mencarinya walaupun dia sudah menukar nombor telefon.

Dah tukar nombor pun masih mencari ke tu?

image is not available

Rossa berkata pengikutnya sendiri yang memaklumkan bahawa nombor telefonnya disebarkan Fara di media sosial.

Thankyou tolong sampaikan, ada orang meroyan la geng.

image is not available

Tambahan, Rossa berkata dia sudah banyak mengalah dengan wanita itu sehingga dipijak dan dihina.

Dari dulu hina muka mak ayah jadi b*bi, panggil anak-anakku pelac*r, ko ingat ni sampai mati FARA SALLEH!

Sebelum ini, Rossa Sera pernah mempunyai kontroversi rumah tangga bersama bekas suaminya iaitu Shuk Sahar yang merupakan seorang pelawak.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.