
Disebabkan pengalaman buruk dengan bekas kekasihnya, wanita itu masih trauma hingga kini.
Boyfriend Psiko Meroyan Minta Puaskan Nafsu Dari Kekasih, Sampai Sanggup Cederakan Diri Sendiri. Telah tular di laman Twitter bahawa seorang wanita telah menjadi mangsa keganasan oleh kekasihnya sendiri.
Ciapan ini telah menjadi hangat di laman sosial apabila seorang netizen di Twitter mendakwa rakan wanita tersebut dipukul oleh teman lelakinya di dalam kereta kerana enggan memuaskan nafsunya.

Lelaki ini malah minta kekasihnya untuk check in bersama demi memuaskan nafsunya
Pasangan ini telah menjalin hubungan selama 10 bulan. Namun, hubungan mereka tidak berakhir dengan baik. Wanita ini telah memutuskan untuk mengakhiri hubungan mereka kerana sering diminta oleh lelaki tersebut untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
Kejadian ini berlaku di dalam kereta. Wanita ini dipukul oleh kekasihnya kerana menolak permintaan lelaki tersebut untuk melayan kehendak nafsunya.

Bukan setakat cederakan diri sendiri, lelaki tersebut turut mencederakan teman wanitanya di dalam kereta.
Lelaki tersebut tidak hanya memukul wanita ini, tetapi juga sanggup mencederakan diri sendiri dan menangis apabila permintaannya untuk melakukan hubungan intim yang ‘ringan-ringan’ ditolak.
Tidak hanya itu, lelaki tersebut turut mencederakan teman wanitanya di dalam kereta. Selepas kejadian pukul di dalam kereta, mangsa diugut supaya tidak mengadu mengenai kejadian tersebut kepada sesiapa.

Setelah berfikir panjang, wanita ini akhirnya memutuskan untuk pergi ke balai polis dan membuat laporan. Polis kemudian mengambil tindakan dan lelaki tersebut telah direman selama empat hari. Namun, dia dibebaskan selepas dikenakan denda.
Disebabkan pengalaman buruk dengan bekas kekasihnya, wanita itu masih trauma hingga kini. Tambahnya, lelaki itu turut mengugut mangsa akan hilang nyawa kerana tidak melayan apabila dihubungi.
Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah:
Netizen Berniat Boikot, Isu Nasi Campur Terlampau Mahal Buat Para Peniaga Medan Selera Lundu Berduka

