“Ada Peminat Yang..” – Shin Minah Dedah Sebab Jarang Bercakap Tentang Kim Woobin Di Umum

EntertainmentMovie
2 Oct 2024 • 12:32 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas 12 episod, drama “No Gain No Love” telah pun melabuhkan tirainya.

Terbaru, Shin Min-ah telah terlibat dalam satu temu bual, selepas tamat dramanya “No Gain No Love”. Selain bercakap tentang kejayaan drama itu, Shin Min-ah turut berkongsi sokongan yang dia terima dari kekasihnya, Kim Woo-bin,

Dia cakap dia sangat seronok menontonnya.

image is not available

Kemudian, wanita itu juga menjelaskan sebab mereka sentiasa berhati-hati bercakap tentang satu sama lain di umum. Luahnya,

Saya fikir ianya lebih baik untuk mengelak daripada menyebut tentang satu sama lain sebagai tanda hormat, lebih-lebih lagi ada peminat yang menyokong pasangan dalam drama kami. Saya bimbang ia mungkin menjejaskan kerja kami.

Dalam drama, saya rasa lebih baik untuk tidak bercakap mengenainya kerana menghormati pasangan saya.

Betul la apa yang Shin Min-ah cakap tu kan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.