“Kenapa Nak Rasa Sakit..” – Han Sohee Akui Menyesal Pernah Tindik Muka

EntertainmentBeauty
1 Oct 2024 • 10:27 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Baru-baru ini menerusi laman YouTube, Han So-hee telah memuat naik satu vlog baru susulan tayangan “Gyeongseong Creature” musim kedua.

Selain bercakap tentang drama itu, Han So-hee juga mengaku bahawa dia menyesal pernah menindik mukanya sebelum ini selepas mencuba pelekat tindik palsu.

Luahnya,

Mengapa saya mengalami semua kesakitan yang menusuk muka saya apabila barang menakjubkan seperti ini wujud?

Sambungnya lagi,

Saya boleh menanggalkan tindikan ini setiap kali memulakan projek baru. Saya nak cuba kerana saya tak pernah lakukannya sebelum ini. Tindikan yang betul mungkin boleh menyebabkan parut tetapi sekarang saya tak perlu bimbang tentang parut lagi.

Zaman dah moden sekarang Han So-hee, takyah nak sakit-sakit tindik!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.