“Ada Penyakit Agaknya Dia Ni” – Peniaga Warung ‘Viral’ Di Perlis Tak Serik Buat Hal, Tuding Jari & ‘Hamun’ Pelanggan

18 Oct 2023 • 11:21 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, seorang peniaga wanita di sebuah warung yang terletak di Perlis menjadi perhatian ramai setelah video yang memaparkan dirinya memaki hamun pelanggan tular di platform media sosial.

Biarpun isu berkenaan sudah reda, tetapi di Twitter baru-baru ini, ‘akak’ tersebut sekali lagi menjadi bualan ramai selepas videonya menuding jari dan rakam pelanggan sambil maki hamun tular.

Jelas kelihatan dalam video tersebut, peniaga warung berkenaan tidak serik dikecam sebelum ini.

Difahamkan, warung berkenaan telah pun menukar signboard dan menukar cat sedikit agar kelihatan berbeza, namun orang ramai tetap mengenali wanita terbabit.

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen persoalkan penduduk tempatan yang tetap pergi ke gerai terbabit biarpun sudah tahu perangai buruk peniaga tersebut.

image is not available 1 month ago

Pekerja Warung Mengamuk Kena Tegur, Campak Duit Dekat Pelanggan - "Hang Cakap Tak Elok, Muka Hang Jahan*m"