Ada perjanjian, suami izinkan isteri ‘layan’ lelaki lain demi kepuasan nafsu sendiri

LocalEntertainment
6 Jan 2025 • 5:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ini realiti! Seorang suami izinkan isteri melayan dan ‘diratah’ orang luar sebagai kepuasan diri sendiri.

Menerusi sesi podcast Cik Boy Production, dipercayai pasangan suami isteri berkongsi pengalaman mereka terutama memberi keizinan kepada orang luar memberi ‘layanan’ walaupun dalam Islam sendiri ia adalah haram berzina.

Suami izinkan isteri

Dalam satu sesi temu bual dimuat naik di TikTok, seorang isteri memberitahu suaminya memberi ‘lampu hijau’ untuknya bersama dengan lelaki lain.

Akuinya, pada awalnya dia sendiri tidak mengetahui punca suaminya memberi keizinan terhadap dirinya berbuat demikian.

“Reaksi saya sebagai isteri, mula-mula saya fikir kenapa? Tapi saya tidak kisah dengan masalah itu.
“Mungkin dia nak bagi saya rasa kepuasan.
“Dia sanggup duduk tepi, cuma tengok saya dan melepaskan nafsunya sendiri,”kata si isteri.

image is not available

Suami buat perjanjian?

Berkongsi lebih lanjut, si suami memberitahu mereka ada membuat perjanjian untuk tidak melibatkan sebarang pembayaran ‘servis’, tukar pasangan mahupun sebarang bahan rekod.

“Itu adalah realiti. Kita buat perjanjian dengan pasangan yang kita jumpa.
“Yang pertama, tidak melibatkan duit. Kedua, tidak melibatkan sebarang rekod atau ambil gambar,”kata seorang lelaki.

image is not available

image is not availableMemalukan!

Sementara itu, warganet meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila pasangan suami isteri yang ternyata beragama Islam tergamak berbuat demikian.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Suka diingatkan, diharamkan syurga buat orang yang berzina, sedangkan dia tahu perbuatan itu dilarang, bahkan ia juga boleh merosakkan nasab.

aSumber: TikTok @cikboy_production