Azhar Sulaiman izinkan Leona kahwin tahun depan – “Pastikan dia tak kisah asap rokok dalam kereta”

LocalEntertainment
30 Dec 2024 • 11:33 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Azhar Sulaiman izinkan Leona kahwin tahun depan namun telah meletakkan beberapa syarat sebelum menerima calon suami yang dibawa oleh anak perempuannya itu.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Azhar telah mengucapkan selamat tahun baru kepada Leona disamping turut memberi kebenaran kepada anaknya itu untuk berkahwin.

Azhar Sulaiman izinkan Leona kahwin tahun depan

image is not available

Dalam pada itu, pelakon berusia 53 tahun itu turut memberikan beberapa syarat bagi calon suami yang dipilih anaknya perlu ada.

“Selamat tahun baru Mekna, kalau awak nak sangat nikah tahun depan, tak apa. Tapi pastikan calon suami awak tak kisah asap rokok, terutama dalam kereta, bukan vegetarian dan okay dengan musik genre rave,” katanya.

Selain itu, Azhar turut berkata bahawa bakal suami pilihan Leona juga perlu mendapat restu daripada dirinya serta dua adik beradiknya iaitu Kasih Leia Ixora dan Andika Rees Pahamin.

image is not available

“Mesti diterima oleh The High Council, saya serta Kasih dan Rees,” ujarnya.

Membalas komen pengikutnya, Azhar berkata isterinya mungkin akan menerima mana-mana pilihan Leona, namun aktor itu serta dua lagi anaknya yang lain mungkin tidak menerima dengan mudah.

“Syarat dan ujian berbeza. Dengan Mommy mungkin senang lulus ujian, tapi kami bertiga, restunya berlainan,” seloroh Azhar.

Azhar Sulaiman izinkan Leona kahwin, tapi ada syaratnya

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang terhibur dengan hantaran tersebut disamping turut serta berseloroh dengan aktor itu.

Azhar Sulaiman izinkan Leona kahwin, kena restu dari peminat Leona juga!

image is not available

Saya asap fogging selamba hirup

image is not available

Sebelum ini, Leona pernah meluahkan hasrat untuk berkahwin pada tahun 2025 namun masih belum mempunyai calon suami buat masa sekarang.

Menurut pempengaruh berusia 22 tahun itu, dia mahu berkahwin awal kerana ingin menjadi ibu muda susulan sukakan kanak-kanak.

Leona turut memberikan beberapa ciri-ciri calon suami yang dia cari, antaranya lelaki itu mestilah lebih tua daripada dirinya dan giginya perlu teratur.

image is not available

“Saya suka orang yang matang dan lebih tua daripada saya, gigi kena teratur dan tak boleh berterabur. Soal muka, saya tak kisang sebab kebanyakan bekas teman lelaki saya pun bukanlah kacak sangat. Personaliti lagi penting bagi saya,” ujarnya.

Kata Leona, keluarganya juga tahu akan hasratnya yang ingin menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan dan menyokong usaha murninya itu.

Sumber: Facebook Azhar Sulaiman