Ada pihak cuba godam keputusan pemilihan PKR: Zaliha

Politics
4 Jul 2022 • 5:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan bahawa terdapat percubaan untuk menggodam keputusan pemilihan parti oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pengerusinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, namun begitu, perkara tersebut telah dikenal pasti dan pakar audit telah memberi cadangan untuk mengemaskinikan rekod pengundian.

Jelas beliau, proses pemutihan juga telah dilaksanakan berdasarkan keputusan analisa digital tersebut.

“Setelah menerima laporan audit dari pakar digital, JPP telah meneliti laporan dan menerimanya berdasarkan kepada bukti berasas menerusi analisa digital.

“Dapatan audit mendedahkan terdapat percubaan-percubaan untuk menggodam keputusan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah Zaliha, bagaimanapun perkara tersebut tidak menjejaskan keputusan kemenangan sebahagian besar calon-calon sama ada di peringkat pusat mahupun di peringkat cabang.

Keputusan akhir Pemilihan Keadilan 2022 boleh dilayari di laman web https:pemilihankeadilan2022.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved