Sebahagian besar keputusan pemilihan KEADILAN kekal, akui cubaan godam

4 Jul 2022 • 5:49 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 4 JULAI: Semakan keputusan akhir pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2022 melalui analisis digital menunjukkan kemenangan sebahagian besar calon tidak terjejas.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Dr Zaliha Mustafa memaklumkan pihaknya sudah meneliti laporan audit dari pakar dan menerimanya berdasarkan kepada bukti berasas.

“Dapatan audit mendedahkan terdapat percubaan untuk menggodam keputusan oleh pihak tidak bertanggungjawab, namun perkara tersebut telah dikenal pasti.

“Pakar audit memberi cadangan untuk mengemas kini rekod pengundian. Proses pemutihan telah pun dilaksana berdasarkan keputusan analisis digital tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Keputusan akhir Pemilihan Keadilan 2022 dilayari di laman web https:\\pemilihankeadilan2022.com.

Seramai 1,118,423 ahli layak mengundi pada pemilihan parti yang menyaksikan 11,282 calon merebut pelbagai jawatan pada peringkat pusat, cabang dan sayap.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved