“Ada Roadblok Habis Sangkut”- Gelagat Dua Ekor Monyet Duduk Atas Kereta Sedang Bergerak

Entertainment
3 Feb 2024 • 3:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tindakan seorang pemandu kereta membawa dua ekor monyet dan diletakkan dibahagian atas belakang kereta mengundang pelbagai reaksi netizen.

Bukan hanya boleh membahayakan nyawa monyet itu malah juga pengguna jalan raya yang lain.

Walaupun seakan kedua monyet itu santai duduk dengan baik namun kelajuan kenderaan dan keadaan sekeliling sukar diramal.

Rata-rata netizen terhibur melihat kedua monyet itu yang berkelakuan baik walaupun membahayakan.

Video rakaman itu menjadi tular di Instagram dan mendapat lebih ribuan tontonan netizen.

Jika ada sekatan jalan pasti pemandu kenderaan akan dikenakan saman kerana membawa binatang itu secara merbahaya.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.