Ada Sebab Tangan Kanan Anak Bongsu Shuib Kurang Berfungsi, Anggap Ayash Affan Bayi Ajaib - “Ada Kesan Calar Di Belakang Otak…”

18 Dec 2024 • 10:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Terima banyak persoalan, pelawak Shuib tampil menjelaskan mengenai keadaan tangan anak bongsunya iaitu Ayash Affan yang dilihat kurang berfungsi.

Gangguan proses perkembangan 

Dianggap seorang bayi yang ajaib, Shuib turut berkata Ayash juga mengalami masalah pernafasan selepas dilahirkan dan ia menyebabkan gangguan proses perkembangan otak serta fizikalnya.

“Ramai yang bertanya fasal tangan kanan Ayash ini, sebab dia dilahirkan tak cukup bulan dan dianggap sebagai bayi ajaib.

 

“Doktor yang sambut Ayash beritahu dia tidak bernafas selama lapan saat dan terpaksa masukkan tiub terus ke paru-paru barulah bernafas.

 

“Disebabkan itu oksigen lambat ke otak dan ada kesan calar di belakang otak, jadi sebelah tangan pada awalnya tidak berapa fungsi,” kongsinya.

Perkembangan baik

Bagaimanapun, Shuib meluahkan rasa syukur melihat keadaan Ayash kini menunjukkan perkembangan yang baik dan tangannya dilihat semakin banyak berfungsi.

 

“Tapi sekarang Alhamdulillah, sebelah kanan dia sudah banyak pakai. Dulu tangan dia genggam sekarang sudah mula buka sedikit.

 

“Masa usia dua tahun pun ketika berjalan dia agak senget ke sebelah kanan. Walaupun dia lahir tak cukup bulan tapi dia punya otak sangat bijak. Dia baik dan sangat tidak menyusahkan,” ujarnya.

 

Untuk info, isteri Shuib iaitu Allahyarham Siti Sarah terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan anak bongsu mereka selepas ditidurkan kerana tahap oksigen rendah akibat jangkitan virus Covid-19.

Siti Sarah menghembuskan nafas terakhirnya pada 9 Ogos 2021.

 

Untuk info, Shuib dan Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. Selain Ayash, mereka memiliki tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

 

Selepas itu, Shuib mendirikan rumah tangga dengan usahawan Watie Hanifiah atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah pada 23 Jun 2023.