“Ada seekor lagi” – IPTA Sahkan Kucing M*ti Dalam Keadaan Ngeri Kerana Anjing Liar, Tapi Ramai Tak Setuju?

Entertainment
20 Dec 2024 • 3:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular sebuah kes di mana seekor kucing didapati mati dalam keadaan yang sangat tragis di sebuah universiti awam.

Pun begitu, universiti berkenaan telah pun mengeluarkan kenyataan di mana kematian kucing itu dikatakan berpunca daripada serangan anjing liar di sekitar universiti itu.

Keadaan kucing yang maut itu sangat menyedihkan di mana keempat-empat kakinya telah terpotong dan bahagian perutnya terbelah.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata pihaknya menerima laporan kejadian di kawasan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, itu pada petang Selasa.

“Pihak polis ada menerima laporan berhubung kejadian dan susulan itu, siasatan lanjut mendapati kematian kucing berkenaan akibat diserang anjing liar di kawasan itu.

Laporan polis ini juga telah dirujuk kepada Jabatan Veterinar serta pengurusan Universiti Malaya bagi tindakan susulan,” katanya.

Bagaimanapun, insiden seperti itu berlaku sekali lagi hari ini seperti yang didakwa oleh seorang pengguna Instagram @shimaaris.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shima Aris (@shimaaris)

“Kita perlu membalas dendam untuk kematian Lily! Kita perlu mencari keadilan untuknya dan 2 lagi kucing yang dibunuh.

Mungkin ada lebih banyak kucing yang kita tidak dapat melihat mayat mereka! Mana-mana haiwan tidak layak diperlakukan begini,” tulisnya.

Insiden itu telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan komuniti universiti dan perkara itu membuatkan ramai yang berharap pihak berkuasa untuk segera mengambil tindakan.

Sekumpulan pelajar telah melancarkan petisyen dalam talian untuk menuntut tindakan undang-undang yang lebih tegas terhadap pelaku kekejaman terhadap haiwan.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.