Ada Serendah RM250, Lelaki Ini Ajar Cara Dapat Tiket ‘Flight’ Murah Ke Sabah Pada Musim Perayaan

17 Apr 2023 • 3:16 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tapi perlu standby passport tau!

Ada Serendah RM250, Lelaki Ini Ajar Cara Dapat Tiket ‘Flight’ Murah Ke Sabah Pada Musim Perayaan. Baru-baru ini, beberapa orang terutamanya warga Malaysia Timur merungut mengenai harga tiket penerbangan yang melambung tinggi pada musim perayaan.

Walau bagaimanapun, seorang netizen baru-baru ini telah memberikan nasihat untuk membantu mereka yang memerlukan bagi terbang pulang dengan tiket yang lebih murah – tetapi anda memerlukan pasport untuk berbuat demikian, ya!

image is not available
Ada Serendah RM250, Lelaki Ini Ajar Cara Dapat Tiket ‘Flight’ Murah Ke Sabah Pada Musim Perayaan

Semak penerbang dari Singapura ke Kota Kinabalu

Tips tersebut, yang dikongsi oleh @nikopublic atau Nico, di Twitter, menasihatkan warga Sabah untuk terbang ke Kota Kinabalu dari Singapura berbanding laluan biasa Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.

Ini disebabkan penerbangan ke Sabah dari Singapura kadangkala jauh lebih murah, even semasa cuti perayaan.

Setelah diperiksa oleh netizen beberapa jam lalu, tiket penerbangan ke Kota Kinabalu dari Singapura pada 17 April 2023 adalah RM250 melalui AirAsia! Jauh murah you harga berbanding dengan domestic flight!

image is not available
Perbandingan harga KL – BKI dan SIN – BKI. Kredit: Twitter @nmhazim

Sediakan pasport terlebih dahulu

Untuk berbuat demikian, anda perlu menaiki bas dari KL Sentral atau TBS ke JB Sentral, kemudian teruskan membeli tiket dari RedBus.

Selepas itu, naik KTM dari JB Sentral ke Woodland, Singapura. Tiket boleh dibeli dari aplikasi KTMB.

Dari sana, anda boleh menaiki bas sama ada ke MRT Woodland atau MRT Kranji, kemudian tukar laluan anda ke EAST-WEST LINE (laluan hijau) untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura dan anda boleh terbang balik ke Sabah dari sana.

Terdapat satu lagi laluan alternatif iaitu mengambil bas dari Johor Bahru direct ke Changi Airport – bergantung kepada kemampuan anda.

Nico mengakui bahawa laluan itu mungkin rumit tetapi untuk mempertimbangkan perbezaan besar harga tiket penerbangan, ia berbaloi untuk dicuba.

image is not available
Guna laluan hijau ini ke Changi Airport. Kredit: Twitter @nikopublic

Disahkan oleh orang lain yang pernah menggunakan cara ini

Tinjauan pada ruangan komen mendapati beberapa orang telah menggunakan kaedah ini untuk balik kampung di Sabah.

Malah, terdapat juga di kalangan netizen yang berkongsi pengalaman mereka melancong ke luar negara menggunakan laluan ini.

Punya besar perbezaan harga tiket penerbangan dari Singapura berbanding Kuala Lumpur. Semoga tip ini memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Lagi di sini: