Kalah Harga Tiket Ke Oversea, Lelaki Ini Cadang ‘Feri Malaysia’ Dihidupkan Semula

17 Apr 2023 • 2:24 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dahulu boleh ke Sabah Sarawak dengan laluan laut

Kalah Harga Tiket Ke Oversea, Lelaki Ini Cadang ‘Feri Malaysia’ Dihidupkan Semula. Masa musim perayaan, selalunya kos tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak melonjak dengan mendadak. Ramai yang terpaksa membatalkan rancangan untuk pulang ke kampung halaman kerana kos tiket yang melampau. Namun, ada satu cadangan yang menarik yang mungkin boleh membantu mengatasi masalah ini.

Cadangan itu dikemukan oleh SyedAkramin menerusi satu ciapannya di Twitter. Menurutnya, semasa beliau berusia 7 tahun, beliau pernah menaiki sebuah feri dari Port Klang sehingga ke Sarawak. Feri tersebut dikenali sebagai Feri Malaysia yang pernah menjadi sambungan pengangkutan maritim antara Sabah dan Sarawak selama lebih 30 tahun sebelum dihentikan pada tahun 2010.

image is not available
Kalah Harga Tiket Ke Oversea, Lelaki Ini Cadang ‘Feri Malaysia’ Dihidupkan Semula. Kredit: SyedAkramin

Cadang dihidupkan semula

Untuk info, selain menggunakan laluan udara, laluan laut juga antara alternatif lain untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya Feri Malaysia dihidupkan semula, ia mungkin dapat memberikan pilihan pengangkutan yang lebih murah dan mudah bagi mereka yang ingin pulang ke kampung halaman semasa musim perayaan.

image is not available

Tambahnya, Feri Malaysia boleh menjadi alternatif pengangkutan yang berpotensi untuk mengatasi masalah harga tiket penerbangan yang mahal terutama semasa musim perayaan.

Laluan laut dikatakan lebih murah berbanding menggunakan pengangkutan udara

Tambahnya lagi, beliau tidak pasti Feri Malaysia ini benar-benar dapat menyelesaikan masalah kos tiket penerbangan yang mahal kerana terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi sebelum Feri Malaysia dapat beroperasi semula.

image is not available

Antaranya adalah termasuk kos yang tinggi untuk membaiki dan menyelenggarakan kapal feri yang telah terbengkalai selama lebih 10 tahun.

Baca lagi artikel menarik: