Ada wanita lain! Suami ceraikan isteri talak 3, baru 27 hari nikah

LocalEntertainment
22 Aug 2024 • 6:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di media sosial mengenai nasib seorang wanita apabila perkahwinan kali keduanya yang baru berusia 27 hari menemui titik noktah apabila diceraikan suami dengan talak tiga.

Menerusi hantaran dimuat naik pengguna TikTok dikenali Nor Aidafarihazuriati Muhamed Nordin, suaminya melafazkan talak tiga selepas diminta hanya kerana seorang wanita.

Suami ceraikan isteri

Berdasarkan video berdurasi seminit 49 saat itu, sebuah pertelingkahan berlaku antara kedua-dua mereka selain jelas kelihatan kelibat ‘orang ketiga’ yang turut berada di dalam rumah.

“27 hari sahaja dan dengan bangganya Nurul Nadea, awak musnahkan 2 rumah tangga disebabkan awak.
“Terima kasih Mohd Faizol dengan talak 3 awak bagi. Terima kasih jadikan aku isteri.. ingat kifarah allah tu ada cepat dengan lambat jer..,”tulisnya.

image is not available

Disoal mengenai silapnya mencabar suami melafazkan talak tiga, Nor Aidafarihazuriati memberitahu ia bukan kali pertama lelaki itu menjatuhkan talak, namun mereka telah kembali rujuk.

“Dia dah ceraikan talak satu, baru 13 hari jadi isteri dia.
“Hari ni bagi depan babi (penyondol), so minta terus supaya tak payah rujuk,”jelasnya.

image is not available image is not available

Difahamkan, bekas suaminya pernah memberitahu mahu bernikah dengan ‘orang ketiga’ pada malam akad nikah.

image is not available

Kalau sayang ‘dia’ kenapa bagi harapan?

Dalam pada itu, dia turut mempersoal tindakan lelaki itu untuk berkahwin dengannya selain menabur janji akan membahagiakan dirinya dan anak-anak.

Namun, dia kini dihadiahkan dengan sebuah pengkhianatan apabila lelaki itu berlaku curang selain menganggap pernikahan itu seperti ‘main pondok-pondok’

image is not available

image is not available

Tergamaknya ceraikan isteri disebabkan perempuan lain. Bukan senang seorang wanita untuk membuat keputusan untuk bernikah buat kali kedua lebih-lebih sudah mempunyai anak-anak.

Moga urusan Nor Aidafarihazuriati ni dipermudahkan.

Sumber: TikTok nraidafz_takafulge