“Kenapa Syamsul Yusof Failkan Cerai Sedangkan Ada Kuasa Talak?”, Ini Penjelasan Peguam Syarie

LocalEntertainment
22 Aug 2024 • 2:49 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kecoh di media sosial apabila peguam syarie telah mengesahkan yang pengarah, Syamsul Yusof telah menfailkan penceraian terhadap isterinya Ira Kazar baru-baru ini.

Ada yang mempersoalkan mengenai kuasa talak pada seorang suami apabila melihat situasi Syamsul yang membuat permohonan cerai di mahkamah.

Peguam syarie yang dikenali sebagai Maisarah Mustafa tampil menjelaskan mengenai perkara itu.

@maisarahmustafa10

Samsul punya pasaii ada hikmahnya. Adik sendiri Tanya haha sebab mungkin topik ni tengah jadi isu paneh lit lit agak eh dokek tompek kojo dio Jawapan eh: Kalau lafaz cerai luar mahkamah kena denda nanti sebab ianya dikira telah melakukan jenayah syariah. Selain tu bila dah lafaz cerai luar mahkamah, tetap kena failkan jugak sebab nak buat pengesahan terhadap lafaz cerai yang suami lafazkan tu. Mahkamah akan siasat, mahkamah akan tentukan jatuh atau tak & walaupun kuasa talak di tangan suami, dia tak boleh nak buat sewenang2 nya ikut suka dia. @AliaMaisarah #plc #lafazcerai #pengesahanlafazcerai #denda

♬ Cinta Tak Dibalas Cinta – Indah Aqila

Katanya, jika berlaku konflik dan tidak mahu lagi meneruskan perkahwinan, suami juga boleh failkan penceraian sama seperti isteri. 

Kalau lafaz cerai luar mahkamah kena denda nanti sebab ianya dikira telah melakukan jenayah syariah.

Selain itu, bila dah lafaz cerai luar mahkamah, tetap kena failkan juga sebab nak buat pengesahan terhadap lafaz cerai yang suami lafazkan tu.

Mahkamah kemudiannya akan akan melakukan siasatan dahulu untuk pengesahan lafaz cerai yang dilakukan itu sah ataupun tidak.

Walaupun kuasa talak di tangan suami, dia tak boleh nak buat sewang-wenangnya ikut suka dia.

Untuk info, perbicaraan kes perceraian melibatkan Syamsul Yusof dan Ira Kazar itu akan berlangsung pada Selasa depan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Tiktok Maisarah Mustafa