Ada Yang Anggap Ibadah Korban Kejam, Mek Yun Mohon Hormat Kepercayaan Islam – “Mereka Agih Kepada Yang Memerlukan..”

9 Jun 2025 • 8:44 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Susulan ada segelintir masyarakat yang masih mempertikaikan ibadah korban semasa hari raya Aidiladha, pempengaruh popular iaitu Mek Yun tampil bersuara.

Dapat dilihat dalam perkongsian Mek Yun di laman Threads, dia memperjelaskan ibadah korban yang dianggap kejam oleh segelintir masyarakat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mekyun (@mekyunn)

Kata Mek Yun atau nama sebenarnya, Wee Yun Nee, ibadah korban melambangkang pengorbanan, keikhlasan serta semangat berkongsi rezeki sesama manusia.

Susulan itu, Mek Yun berharap agar masyarakat yang masih mengecam ibadah korban ini untuk lebih memahami serta hormati agama yang dianut.

Kita semua datang dari latar belakang dan kepercayaan yang berbeza. Tapi dari situ kita belajar untuk faham dan hormat antara satu sama lain.

image is not available 17 hours ago

“Sedih Lihat Haiwan Menangis, Macam Anak Sendiri” – Thanuja Ananthan Akui Tak Sanggup Tonton Video Korban