Ada Yang Dari Keluarga Chaebol, 7 Identiti Pelatih Dari ‘The Black Label’ Ini Tarik Perhatian Ramai

Entertainment
5 Feb 2024 • 3:12 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Nampaknya, akan ada satu lagi kumpulan gadis baru yang akan ditubuhkan oleh Teddy, iaitu pengasas agensi The Black Label!

Baru-baru ini, foto 7 pelatih yang dijangka bakal debut di bawah agensi The Black Label telah tular di media sosial, membuatkan ramai teruja selepas melihat aura ‘swag’ mereka.

Apa yang menarik perhatian, salah seorang pelatih yang dilihat dalam gambar tersebut adalah Ella Gross, seorang pelakon dan model kanak-kanak Amerika, serta dikenali sebagai ‘Little Jennie’ kerana wajah mereka yang mirip.

image is not available

Khususnya pada 2018, Ella telah menandatangani kontrak eksklusif dengan The Black Label dan juga mempunyai hubungan rapat dengan setiap ahli BLACKPINK.

Selain Ella, turut kelihatan dalam gambar yang tular itu ialah Bailey Sok, seorang penari terkenal yang juga pernah mencipta tarian untuk idola popular seperti Taeyang, aespa dan SHINee.

image is not available

Bukan itu sahaja, Moon Seo-yoon iaitu cucu kepada pengerusi Kumpulan Shinsegae dan pewaris generasi ke-4 Samsung, juga merupakan salah seorang pelatih yang mendapat perhatian kerana keturunan keluarganya yang kaya-raya.

Bagaimanapun sehingga kini, The Black Label masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai gambar yang menjadi bualan itu.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.