Ramai Sangka Kawasan Ini Perumahan Orang, Rupanya Kubur!

Entertainment
4 Feb 2024 • 12:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, sebuah video kawasan kubur di Palopo, Sulawesi Selatan, Indonesia telah menjadi perhatian ramai kerana ia dibina seperti kawasan perumahan tempat tinggal penduduk.

Memang jika dilihat dalam video itu pasti ada yang menyangka kawasan itu adalah kawasan perumahan penduduk. Namun, ia sebenarnya tempat perkuburan.

Video tanah perkuburan unik itu telah dikongsikan oleh akaun TikTok badar1015 lima hari lalu dan sehingga kini ia telah meraih lebih 18 juta tontonan daripada warganet.

Dalam video yang berdurasi selama lebih seminit itu, dapat dilihat pemilik video itu merakamkan suasana di perkuburan yang dibina seperti di kawasan perumahan itu.

Difahamkan, kawasan perkuburan itu dipercayai merupakan tanah perkuburan penganut agama Kristian berdasarkan lambang salib yang ada pada luar setiap binaan kubur itu.

Meninjau ke ruangan komen, ada yang berpendapat mungkin perkuburan yang dibina seperti rumah itu memang adat penduduk di kampung terbabit.

image is not available

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.