
Model dan juga ahli kumpulan larian Challo Run, Hakimi Noordin tidak berkecil hati apabila menerima komen-komen negatif netizen susulan tindakan anggota kelab itu yang didakwa sering tayang badan setiap kali melakukan aktiviti sukan.
Pendapat masing-masing untuk menilai
“Sejujurnya pada pendapat saya, secara general semua orang ada pendapat masing-masing. Saya ambil perkara itu secara positif sebab setiap orang ada pemikiran yang berbeza-beza.
Kepentingan bersukan
“Benda pertama mengenai Challo Run adalah ayat berlari itu sendiri, berlari yang membawa maksud gaya hidup sihat.
“Jadi Challo Run ini adalah untuk membina sebuah komuniti yang sihat. Benda pertama yang ditekankan adalah datang dan kita lari bersama-sama,” jelasnya.
Buka baju bukan marketing Challo Run
“Sebenarnya itu persepsi masing-masing, kami tak ada pun kata kita datang run ramai ramai kita kena buka baju.
“Tak ada pun, itu hanya pegangan masing-masing kalau anda rasa anda lari nak buka baju, bukalah, tak adalah macam kena buka sebab nak kena tarik perhatian ini semua, tak ada.
