Ada Yang Geli Tengok Nabila Huda Kongsi Makanan Dengan Kucing, Ini Respon Tuan Badan

Entertainment
28 Mar 2023 • 4:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi seorang pencinta kucing, haiwan berkenaan tak lagi diibaratkan sebagai binatang peliharaan, tetapi ia sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri.

Bukan sahaja beri perlindungan terbaik kepada si bulus, soal makan dan minum juga tuannya akan memberi keutamaan kepada mereka. Jika apa-apa berlaku kepada si comel itu, pasti tuan mereka tak senang duduk.

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara, Nabila Huda ada memuat naik video yang memaparkan dirinya berkongsi makanan bersama kucing peliharaannya di media sosial.

Menerusi video tersebut, Nabila Huda atau lebih mesra dipanggil Abil dilihat sedang menikmati bijirin sambil berkongsi susu bersama kucingnya, Akiko dalam mangkuk yang sama.

Walaupun ramai memuji sikap Nabila Huda yang begitu penyayang terhadap kucingnya, ada juga yang meninggalkan komen negatif selepas melihat perkongsian pelakon wanita itu.

Mereka mengatakan berasa geli dan tidak selesa untuk berkongsi makanan bersama kucing.

image is not available

Melihat komen-komen negatif itu, Nabila Huda menerusi ciapan di Twitter tampil bersuara mengenai isu tersebut.

“Kemaen orang comment geli pasal Abil share milk with my cat tu. Actually, Abil ada jawapan nak reply to all. Tapi bulan Ramadan ni, jawapan tu agak sensitif.

“Tak apa, saya simpan. Rasa tak manis pula sebab jawapan tu buat orang imagine dan malu sendiri nanti,” ciapnya.

Menurutnya, jawapan yang disimpan itu mungkin mencetus rasa malu pada mereka yang meninggalkan komen negatif kepadanya. Oleh itu, beliau memilih untuk menyimpannya sendiri.

Memetik perkongsian daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, kucing adalah haiwan yang suci, begitu juga bekas makanan dan minumannya.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.