‘Ada yang nak jadi madu saya tak?’

20 Sep 2026 • 4:35 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Ada yang nak jadi madu saya tak?’

PETALING JAYA – Seorang wanita secara terbuka memuat naik hantaran di Threads mencari calon isteri kedua buat suaminya.

Dia yang menggunakan akaun Athirah.adnn turut menyenaraikan beberapa kriteria calon yang diharapkan, antaranya pandai dan rajin memasak serta mempunyai pekerjaan.

“Mencari madu. Ada yang nak jadi madu saya tak? Jadi isteri kedua untuk suami saya,” katanya dalam hantaran itu.

Selain itu, katanya, calon yang berminat perlu bersedia meluangkan masa bersama suaminya selain sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada lelaki itu.

“Selalu bagi kata semangat tanpa henti kat dia. Mental dan fizikal yang kuat dan utuh,” katanya.

Lebih menarik perhatian, Athirah turut mengajak wanita yang sudah lama mencari pasangan, tetapi masih belum menemui calon sesuai supaya mencuba peluang berkenaan.

“Agak-agak mana yang dah lama mencari, tapi asyik tak kena je, apa kata cuba PM (mesej saya),” katanya.

Hantaran berkenaan mencetuskan perhatian dalam kalangan pengguna Threads yang memberikan pelbagai reaksi terhadap tawaran terbuka tersebut.

“Nak rajin masak lepas itu bekerja lagi, amboi seronok laki kau kak. Pulangkan dekat kilang jelah,” seloroh @sigadismasculine.

“Apalah amalan laki akak ya? Saya dah sepower (sehebat) dia untuk greenlight (lampu hijau), tapi sampai dipromosikan ini tahap lain,” kata Iskandar Danial.

“Bila orang tengok DP (gambar profil) akak semua tak jadi nk hantar resume,” komen Shahrul Amirul.

Sementara itu, ada juga pengguna berseloroh mendakwa hantaran tersebut dibuat oleh suami wanita berkenaan dan bukannya pemilik asal akaun.

“Bang, sudah-sudah lah tu main telefon isteri. Pulangkan balik,” kata Ubaihani. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Ada yang nak jadi madu saya tak?’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved