Ada Yang Tak Puas Hati Namgoong Min Menang Anugerah Daesang, Rupanya Ini Sebabnya

Entertainment
9 May 2024 • 11:06 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Tidak dinafikan bahawa Namgoong Min adalah salah seorang pelakon yang hebat.

Terbaru pada Baeksang Arts Awards 2024 yang berlangsung pada 7 Mei, Namgoong Min telah berjaya membawa pulang anugerah Daesang ‘Pelakon Lelaki Terbaik’ untuk dramanya “My Dearest”.

Bagaimanapun, kemenangannya itu kurang memuaskan hati beberapa pihak kerana drama “My Dearest” pernah didakwa memplagiat filem “Gone with the Wind”.

image is not available

Pada waktu itu, penulis skrip drama tersebut menjelaskan tentang kontroversi itu dengan mengaku bahawa “My Dearest” diinspirasi dari filem berkenaan.

Saya berasa sangat tertekan apabila saya mula menulis drama tentang percintaan dalam peperangan. Saya membaca ‘Gone with the Wind’ untuk mencari jalan cerita yang menyenangkan dan romantik.

Namun, netizen masih tidak berpuas hati kerana pasukan produksi mengeluarkan penjelasan hanya selepas timbulnya kontroversi ini.

Lahh..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.