Selepas 5 Tahun Cerai, Song Joongki & Song Hyekyo Akhirnya Bertemu Di Acara Sama

EntertainmentMusic
8 May 2024 • 12:40 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Siapa sangka sudah 5 tahun Song Joong-ki dan Song Hye-kyo bercerai..

Terbaru, majlis ‘Anugerah Baeksang ke-60’ telah berlangsung bagi menghargai bakat lakonan pelakon Korea dalam drama dan filem.

Selepas 5 tahun bercerai, akhirnya Song Joong-ki dan Song Hye-kyo bertemu di acara yang sama di mana pelakon lelaki itu tercalon sebagai ‘Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik’ manakala pelakon wanita tersebut pula hadir sebagai salah seorang penyampai anugerah.

Selepas majlis itu berlangsung, kata kunci ‘Song Hye-kyo dan Song Joong-ki hadiri Baeksang 2024’ menjadi topik kedua terhangat dengan 70 juta tontonan di Weibo.

image is not available

Ramai nampaknya yang rindu nak lihat interaksi mereka..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.