Adakah Majikan Wajib Bagi Cuti Jika Kerajaan Tiba-Tiba Umum Cuti Peristiwa? Ini Penjelasannya

LocalBusiness & Finance
26 Aug 2026 • 1:15 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada Isnin (24 Ogos) lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah mengumumkan cuti peristiwa khas pada 1 September depan sempena kejayaan kontinjen Selangor yang menjadi juara keseluruhan dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) bagi tahun 2026.

Pengumuman itu nyata menggembirakan buat mereka yang bekerja di Selangor sama ada sektor awam mahupun swasta.

Namun timbul persoalan, adakah majikan khususnya sektor swasta wajib mengambil cuti kelepasan am tambahan tersebut? Adakah syarikat dibolehkan beroperasi seperti biasa?

Ada 2 Jawapan Bergantung Kepada Siapa Yang Umumkan Cuti Peristiwa

Menurut seorang Konsultan Sumber Manusia, Syakir dalam satu hantaran di TikTok, keputusan majikan untuk mengambil cuti peristiwa adalah bergantung kepada pihak yang mengumumkan cuti tersebut.

Jelas Syakir, sekiranya cuti peristiwa itu diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan, maka majikan wajib memberikan cuti kepada pekerja.

Namun jika cuti itu diumumkan oleh Kerajaan Negeri seperti pengumuman yang dibuat oleh Amirudin, maka majikan tidak wajib memberikan cuti. (p/s: semoga majikan kami tak baca )

Ia Berdasarkan Seksyen 9(1) & Seksyen 60D(1)(b) Akta Kerja 1955

Perkara sama turut dikongsikan oleh seorang lagi perunding sumber manusia, Khairul Atlas dalam satu hantaran di Threads.

Jelas Khairul, penetapan itu dibuat berdasarkan Seksyen 9(1) Akta Kerja 1955 di mana pekerja tidak secara automatik wajib mendapat cuti kelepasan tersebut jika ia diumumkan oleh Kerajaan Negeri.

Namun jika ia diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan, majikan wajib mengambil cuti tersebut jika perkara itu diisytiharkan oleh Menteri mengikut Seksyen 8, sebagai cuti tambahan di bawah Seksyen 60D(1)(b), Akta Kerja 1955.

View on Threads

Majikan Boleh Ambil Cuti Jika Dah Termaktub Dalam Kontrak

Pun begitu jelas Syakir dalam video sama, sekiranya perkara itu sememangnya telah ditetapkan dalam kontrak atau terma, maka syarikat wajib memberi cuti kepada pekerja.

“Tapi kalau dalam terma dah memang kata ‘we observe all public holidays (kami mematuhi semua cuti umum), ada federal and state level ke, yang itu wajib bagi.

“Sebab dalam terma kontrak korang yang sebut macam itu. Tetapi kalau tak sebut, maka majikan tak wajib berikan cuti tersebut,” katanya.

Adakah Majikan Perlu Bayar Gaji Double Sekiranya Tak Bercuti Pada Cuti Yang Diumumkan Oleh Kerajaan Negeri?

Namun jelas Syakir, sekiranya majikan masih terus beroperasi pada cuti yang diumumkan oleh kerajaan negeri, maka bayaran yang dibuat kepada pekerja juga adalah seperti biasa.

Ini bermaksud, gaji tersebut tidak digandakan dan pekerja dianggap bekerja seperti hari bekerja biasa.

@syakirhr 1 September 2026 Cuti Peristiwa Selangor #sumbermanusia #undangundangmalaysia #aktakerja1955 #undangundang #kerja ♬ original sound – Syakir HR Consultancy

Tonton video penuh [DI SINI]

Cuti Kelepasan Am Bergaji Di Bawah Seksyen 60D, Akta Kerja 1955

Untuk info, majikan bagi sektor swasta wajib memberikan 11 hari cuti kelepasan Am bergaji kepada pekerja di mana lima daripada jumlah tersebut diwajibkan bercuti manakala enam hari lagi merupakan cuti am lain yang diwartakan.

Lima cuti kelepasan am yang diwajibkan dan tidak boleh diganti adalah:

  • Hari Kebangsaan (31 Ogos)
  • Hari Keputeraan YDP Agong
  • Hari Keputeraan Raja-Raja / YDP Negeri / Hari Wilayah Persekutuan
  • Hari Pekerja (1 Mei)
  • Hari Malaysia (16 September)

Cuti kelepasan am tambahan yang diisytiharkan oleh Kerajaan Persekutuan juga merupakan cuti kelepasan am bergaji yang wajib diambil oleh majikan swasta.

Berdasarkan infografik oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), jika cuti kelepasan tersebut jatuh pada cuti rehat atau cuti kelepasan am lain, maka hari bekerja berikutnya hendaklah diganti sebagai cuti kelepasan am.

Image from: Adakah Majikan Wajib Bagi Cuti Jika Kerajaan Tiba-Tiba Umum Cuti Peristiwa? Ini Penjelasannya
Foto: JTKSM

Baca Artikel Berkaitan: Hari Malaysia & Maulidur Rasul 2024 Bertindih Pada 16 Sept, Pekerja Dapat Cuti Ganti Atau Tak?

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Suami Dapat Cuti Paterniti Jika Isteri Keguguran? Ini Penjelasannya [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved