“Adakah nama awak penutup beras?” – Individu Jelaskan 6 Sebab Kenapa Saman Mydin RM30 Juta ‘Tak Valid’

Entertainment
21 Oct 2022 • 5:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isu mengenai saman RM 30 juta terhadap Mydin oleh penyanyi rap Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli telah menjadi bualan hangat netizen sejak kebelakangan ini.

Ianya bermula daripada tweet lawak yang dibuat oleh pihak Mydin kelmarin, ternyata tweet berkenaan dengan ‘topi’ dan ‘beras’ itu membuatkan Caprice rasa kurang senang dan akan mengemukakan saman kepada pihak Mydin.

Bagaimanapun, pihak Mydin sahut tuntutan saman yang dibuat oleh Caprice dan penyanyi rap itu tetap dengan pendiriannya.

 

“Adakah nama awak penutup beras?”

image is not available

Berkenaan dengan kes ini, ramai yang bersuara memberikan pandangan mereka terhadap kes tersebut, sebelum ini seorang peguam ada ‘bersuara’ mengenai hal-hal saman fitnah dan terkini ada individu membuat huraian yang lebih jelas menyatakan kebarangkalian saman Caprice kepada Mydin itu mungkin tak logik.

Perkongsian ini meraih sehingga 6,000 jumlah perkongsian di Facebook dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Berikut merupakan senarai 6 sebab-sebab tersebut :

1. Merit saman awak tu tak terguna pakai kerana nama IC awak bukan C4PR1CE. Jadi tidak timbul isu menghina. Sebab admin Mydin tidak mention nama penuh awak mengikut kad pengenalan.
2. Awak tidak pernah mendaftarkan hak nama milik C4PR1CE awak di mana mana pejabat pendaftaran dan hak milik
3. Ada space antara Cap dan Rice. Maksud Cap adalah penutup atau topi manakala rice adalah beras. Adakah nama awak penutup beras?
4. Mydin adalah sebuah hypermarket yang menjual pelbagai barangan. Jadi tidak ada apa salah jika mereka mention produk mereka sendiri. Adakah awak salah satu produk yang dijual di Mydin?
5. Jika tu pun sentap, lebih baik awak tumpukan pada kerjaya anda sebagai penyanyi rap sendu dari sibuk nak jadi aktivis yang bukan bukan.
6. Kadang-kadang b*d*h ni kena share bersama. Jangan bolot sorang-sorang. Nampak sangat tamaknya.

Hurm, apa pun harap kedua-dua belah pihak dapatlah selesaikan isu ini dengan cara yang sepatutnya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.