“Adakah Sah Perkahwinan Ni?” – Uqasha Senrose Dedah Diri Dinikahkan Tanpa Pengetahuan Pada Tarikh Lain

LocalEntertainment
22 Oct 2025 • 3:46 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia uqasha Senrose

Pelakon terkenal, Uqasha Senrose menerusi hantaran terbaru di Instagram mendedahkan sesuatu yang mengejutkan mengenai tarikh sebenar pernikahannya bersama pelakon Kamal Adli.

Dalam hantaran itu, Uqasha mendakwa dirinya baru mengetahui bahawa tarikh di dalam sijil nikah tidak sama dengan tarikh yang dia ketahui dan dihadiri semasa majlis akad nikah mereka pada tahun 2021.

“Adakah sah perkahwinan ini?”

image is not available

Menurut perkongsiannya, Uqasha menjelaskan bahawa dia yakin pernikahannya berlangsung pada 5 November 2021 jam 9 pagi, namun berdasarkan sijil nikah rasmi, tarikh sebenar tercatat sebagai 4 November 2021 jam 9.30 malam iaitu sehari lebih awal dan tanpa pengetahuannya.

Allah Maha Besar Masyallah, satu lagi. Aku dinikahkan dan diakad atas pengetahuan aku pada 5/11/2021 jam 9 pagi, tapi di sijil nikah aku dinikahkan 4/11/2021 jam 9.30 malam. Allahuakhbar… adakah sah perkahwinan ni? Tanpa pengetahuan bakal isteri? Sah ke cukup syarat sah kahwin?.

Uqasha turut memohon pandangan daripada ustaz dan ustazah bagi menjelaskan kekeliruan yang berlaku kerana perkara ini, menurutnya, bukan kesilapan taip pada sijil nikah, tetapi melibatkan soal hukum dan sah pernikahan.

Ustaz dan ustazah mohon dan tolong saya. Lepas found out prosiding mahkamah pagi tadi. Ini bukan masalah typo dekat sijil kahwin tu, ini tentang pengetahuan bakal isteri!.

Perkongsian tersebut pantas menarik perhatian netizen yang rata-ratanya terkejut dengan pendedahan itu.

image is not available

image is not available

Ramai menasihati Uqasha agar segera mendapatkan khidmat peguam syarie serta penjelasan daripada Jabatan Agama Islam untuk memastikan kedudukan sebenar pernikahan tersebut.

Pssttt! Kalau benar seperti yang dikongsikan Uqasha, perkara ini memang serius dan perlu diperjelaskan segera oleh pihak berwajib. Isu akad nikah bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan hukum serta sah taraf perkahwinan. Semoga urusan Uqasha dipermudahkan dan segala kebenaran dapat dibuktikan.

Kredit: IG Uqasha Senrose
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.