“Adakah saya minta? Tidak!”-Zahirah MacWilson nafi potong barisan, kes anak diklasifikasikan kecemasan

EntertainmentLifestyle
3 May 2026 • 3:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon popular, Zahirah MacWilson tampil menyelar dakwaan segelintir pihak yang menuduh dirinya sengaja memotong barisan ketika mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta bersama anaknya sebelum ini.

Zahirah, 31, menegaskan keadaan ketika itu adalah situasi kecemasan dan pihak hospital sendiri telah mengklasifikasikan kes anaknya sebagai keutamaan untuk rawatan segera, sekali gus menafikan dakwaan dia bertindak memotong giliran pesakit lain.

“Saya bukan jenis yang melayan komen atau gosip remeh, tetapi apabila anak menjadi sebutan, saya perlu bersuara. Mengapa orang sangat mudah membuat andaian dan memanipulasi keadaan?
“Sudah tentu ketika itu saya bersama anak saya dan kami berada dalam keadaan membimbangkan.
“Adakah saya meminta anak saya diberi keutamaan atau memotong giliran? Tidak. Itu adalah berdasarkan penilaian anda sendiri dan kakitangan yang mengklasifikasikan kes kami sebagai kecemasan,” katanya menerusi InstaStory.

image is not available

Isteri kepada aktor Aiman Hakim Ridza itu turut menjelaskan, tindakannya ketika berada di hospital tidak wajar dijadikan isu termasuk dakwaan kononnya dia tidak memberikan reaksi mesra kepada individu lain.

image is not available

Artikel lain: Vlog Zahirah MacWilson jadi bualan, netizen persoal isu qada Zohor – “Sengaja tinggal solat, masih berdosa”

Dalam masa sama, Zahirah turut berharap orang ramai tidak membuat sebarang andaian melulu tanpa mengetahui situasi sebenar serta menasihatkan agar tidak menyebarkan dakwaan tidak berasas, lebih-lebih lagi melibatkan situasi kesihatan dan kecemasan.

Terdahulu, seorang pengguna Threads mendakwa Zahirah bersikap sombong dan memotong barisan ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital sebelum hantaran berkenaan dipadam selepas menerima pelbagai reaksi netizen.

Sumber: Threads zahirahmacwilson

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved