Adam Adli atau nama penuhnya Adam Adli bin Abd Halim baru sahaja dilantik menjadi Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi pada 16 Disember 2025 melalui satu rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik tanah air, nama Adam Adli bin Abd Halim bukanlah nama asing. Beliau merupakan antara figura muda paling berpengaruh dalam landskap politik Malaysia hari ini.
Berikut dikongsikan sedikit sebanyak mengenai Adam Adli yang kini merupakan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi yang baru dilantik.
Siapa Adam Adli?
Adam Adli adalah seorang ahli politik Malaysia yang kini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi selepas satu rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 16 Disember 2025.
Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan sejak Disember 2022.
Beliau dilahirkan pada 3 Julai 1989 dan merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), serta pernah menjadi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk penggal 2022-2026.
Adam Adli memulakan kerjaya sebagai aktivis pelajar dan dikenali kerana perjuangannya dalam isu pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN.
Beliau belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), tetapi pernah digantung kerana isu disiplin dan keselamatan awam sebelum melanjutkan pengajian selepas dibebaskan daripada tuduhan menghasut pada 2018.
Beliau juga pernah terlibat dalam protes jalanan dan didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman, namun dibebaskan selepas mahkamah tidak menemui bukti cukup untuk pendakwaan.
Adam Adli dikenali sebagai tokoh muda yang aktif dalam isu belia dan pendidikan, serta mempunyai pengaruh yang signifikan di kalangan aktivis dan generasi muda Malaysia.
Biodata Adam Adli

| Nama Penuh | Adam Adli bin Abd Halim |
| Tarikh Lahir | 3 Julai 1989 |
| Tempat Lahir | Butterworth, Pulau Pinang |
| Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) |
| Kerjaya Awal | Aktivis Mahasiswa, Pegawai Advokasi BERSIH 2.0 |
| Parti Politik | Parti Keadilan Rakyat (PKR) – Pakatan Harapan |
Sebelum menyertai politik secara rasmi, beliau merupakan seorang aktivis mahasiswa dan pernah bertugas sebagai Pegawai Advokasi di BERSIH 2.0 serta Pemantau Pilihan Raya Antarabangsa (ANFREL).
Karier Politik
Adam Adli bermula sebagai seorang aktivis pelajar. Beliau menjadi perhatian nasional pada tahun 2011 selepas terlibat dalam insiden menurunkan bendera memaparkan wajah Perdana Menteri ketika itu di PWTC sebagai simbol protes terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Akibat kelantangannya, beliau pernah digantung pengajian di UPSI selama 6 tahun dan menghadapi pertuduhan di bawah Akta Hasutan.
Namun, beliau akhirnya dibebaskan sepenuhnya oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 2018.
Penyertaan Rasmi dalam Politik
Pada 16 September 2021, Adam Adli secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat bersama 20 aktivis muda dan pemimpin pelajar lain, termasuk peguam Asheeq Ali, dan aktivis Sarah Hadi.
Keputusan ini diambil bagi membawa perjuangan reformasi dari “jalanan” ke dalam sistem politik formal.
Pada tahun 2022, beliau dipilih sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk parti itu untuk penggal 2022-2026.
Pengumuman namanya sebagai calon calon Parlimen Hang Tuah Jaya bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ternyata mengejutkan banyak pihak memandangkan beliau merupakan orang luar.
Namun, beliau berjaya mengekalkan kerusi milik Pakatan Harapan itu dengan majoriti 8640 undi, satu jumlah yang agak selesa dan meyakinkan.
Pada 15 Disember 2025, beliau dilantik memangku jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka bagi menggantikan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Langkah ke Parlimen & Kerajaan (2022 – Kini)
- PRU-15 (2022): Beliau membuat penampilan sulung dalam pilihan raya umum dan berjaya memenangi kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya dengan majoriti 8,638 undi.
- Timbalan Menteri Belia dan Sukan (2022–2025): Beliau dilantik menyertai Kabinet Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan YB Hannah Yeoh, di mana beliau fokus kepada program pemerkasaan belia dan pendemokrasian sukan.
- Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (Disember 2025): Melalui rombakan Kabinet terbaru, beliau dipindahkan ke Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Jawatan ini dianggap sangat signifikan kerana ia berkait rapat dengan latar belakangnya sebagai pejuang hak mahasiswa.
Lantikan Sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
Adam Adli Abdul Halim dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) pada 16 Disember 2025 dalam rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau menggantikan Datuk Ts Mustapha Sakmud yang sebelum ini memegang jawatan tersebut.
Lantikan Adam Adli ke jawatan ini mendapat perhatian kerana beliau sebelum ini dikenali sebagai aktivis pelajar dan pejuang pemansuhan PTPTN, serta pernah menjadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan sebelum ini.
Pelantikannya ke KPT dianggap relevan memandangkan latar belakang dan komitmennya terhadap isu pendidikan tinggi dan pinjaman pelajar.

Walaubagaimanapun, dalam masa yang sama, pelantikannya mencetuskan pelbagai reaksi, termasuk cabaran daripada pihak-pihak tertentu supaya beliau menunaikan janji untuk memansuhkan PTPTN dan menangani isu hutang pelajar.
Ramai berharap Adam Adli akan membawa perubahan besar dalam dasar pendidikan tinggi Malaysia, khususnya dalam isu pinjaman pelajar.
Sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli kini bertanggungjawab membantu Menteri Pendidikan Tinggi dalam pelaksanaan dasar, pengurusan institusi pengajian tinggi, dan isu-isu berkaitan pelajar universiti serta PTPTN. Pelantikannya disambut oleh warga KPT sebagai langkah yang membawa harapan untuk reformasi dalam sektor pendidikan tinggi.
Jawatan Terkini
- Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi: Dilantik ke portfolio ini pada 16 Disember 2025 melalui rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan sejak Disember 2022.
- Pemangku Pengerusi PKR Melaka: Dilantik memangku jawatan ini bermula 15 Disember 2025 bagi menggantikan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang direhatkan daripada tugas tersebut.
- Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya: Beliau merupakan wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya, Melaka sejak memenangi PRU-15 pada tahun 2022.
- Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK): Beliau memegang jawatan ini bagi penggal 2022–2025.

Isu Kontroversi
Pelantikan Adam Adli sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi mencetuskan beberapa isu kontroversi, terutama berkaitan dengan janji lama beliau untuk memansuhkan PTPTN dan kritikan terhadap sistem pinjaman pelajar sebelum ini.
Ramai pihak, terutama di media sosial, mempersoalkan sama ada beliau akan menunaikan janji tersebut atau hanya sekadar memenuhi harapan politik semata-mata.

Netizen dan pihak pembangkang membangkitkan kembali kenyataan lama Adam Adli yang lantang menyeru pemansuhan PTPTN ketika era kerajaan BN, namun kini beliau dilihat sebagai pihak yang bertanggungjawab menguruskan institusi yang sama.
Secara keseluruhan, pelantikan Adam Adli membawa harapan dan juga tekanan besar, dengan isu PTPTN menjadi fokus utama kontroversi yang muncul selepas pengumuman jawatan barunya.
BACA JUGA:
