Marhamah Rosli – Biodata Timbalan Menteri Agama Baru

LocalPolitics
17 Dec 2025 • 10:53 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Nama Marhamah Rosli telah diumumkan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika pengumuman senarai jemaah menteri baharu Kerajaan MADANI oleh Perdana Menteri semalam.

Mungkin tidak ramai yang mengenali beliau sebagai sosok dalam arena politik tanah air kerana beliau lebih aktif sebagai aktivis.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Marhamah Rosli.

Latar Belakang

image is not available
NamaMarhamah Binti Rosli
Umur45 tahun
Tempat LahirSabah
PendidikanDiploma Undang-Undang
Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA)
2003-2006

Ijazah Undang-Undang
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
2006-2010

Daurah Bahasa Arab
Universiti Sains & Teknologi Sana’a, Yemen
2008

Pengajian Al-Quran Kaedah Rasm Uthmani
Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin 2
Semester, 2004
PekerjaanPenceramah & Pengasas Soul to Soul
Akaun Media SosialInstagram @marhamah.rosli
Facebook @MarhamahRosli 
TikTok @ustazahmarhamahrosli

Kerjaya Marhamah Rosli

Ustazah Marhamah Rosli merupakan seorang tokoh dakwah wanita dari Sabah yang aktif dalam bidang pendidikan Islam, kebajikan dan pembangunan masyarakat.

Beliau dikenali sebagai pendakwah bebas yang mempunyai tauliah mengajar agama dan Al-Quran Negeri Sabah, selain sering dijemput sebagai penceramah tetap bagi seminar motivasi Al-Quran Soul to Soul.

Dalam bidang kebajikan, beliau berperanan sebagai Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah, sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada kebajikan wanita, pendidikan anak-anak asnaf serta pembangunan modal insan.

Beliau juga merupakan pengasas Sekolah Anak-Anak Asnaf – Pusat Pendidikan Bayu Raudhah Sabah, yang bertujuan memastikan kanak-kanak daripada golongan kurang berkemampuan mendapat akses pendidikan Islam yang sempurna.

Selain itu, Ustazah Marhamah turut mengasaskan Jenama Soul to Soul & Mahabbah Muslimah, platform dakwah dan motivasi yang memberi fokus kepada pengukuhan rohani, emosi dan nilai keislaman dalam kalangan masyarakat, khususnya wanita.

Di peringkat komuniti, beliau aktif mengendalikan pelbagai kelas dan pusat pengajian agama, antaranya:

  • Pengajian agama dan akademik di Pusat Pendidikan Bayu Raudhah Sabah (Putatan)
  • Pengurusan pusat pengajian fardhu ain dan fardhu kifayah di Akademi Bayu Raudhah (Putatan)
  • Pengasas Kelas 4M di Pondok Nur Iman Baqidah, Kg Simpang Mengayau (Kudat)
  • Pengasas Kelas KAFA Muallaf Dewasa di Surau Ar-Raudhah, Kg Pata-Tuhau (Kudat)

Pentauliahan

  • Tauliah Mengajar Agama (Umum) Negeri Sabah Tauliah Mengajar Al-Quran Negeri Sabah
  • Tauliah Khas Negeri Selangor (2023 & 2024)
  • Tauliah Khas Wilayah Persekutuan Labuan (2002, 2023 & 2024)
  • Tauliah Khas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2024)
image is not available
Kredit: Facebook @MarhamahRosli 
image is not available
Kredit: Facebook @MarhamahRosli 

Pencapaian & Anugerah

Sumbangan berterusan Ustazah Marhamah Rosli dalam bidang dakwah, pendidikan dan kebajikan telah mendapat pengiktirafan di peringkat negeri, antaranya:

  • Anugerah Wanita Inspirasi 2024
  • Anugerah Pembangunan Modal Insan 2024
  • Ikon Wanita Motivasi & Inspirasi 2023 (Daerah Tawau)

Anugerah-anugerah ini mencerminkan komitmen dan dedikasi beliau dalam memperkasa wanita, membangunkan pendidikan Islam serta memberi impak positif kepada masyarakat, khususnya di Sabah.

Lantikan Sebagai Timbalan Menteri Agama

Marhamah Rosli secara rasmi dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam barisan Kabinet baharu Kerajaan MADANI.

Pelantikan beliau dibuat susulan perubahan kepimpinan di kementerian berkenaan apabila Dr Zulkifli Hasan, yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Menteri, dilantik sebagai Menteri selepas Datuk Mohd Na’im Mokhtar digugurkan daripada jawatan tersebut.

Pengumuman mengenai pelantikan ini dibuat sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi satu pengumuman khas berkaitan barisan Kabinet baharu.

Jawatan Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang sebelum ini kosong kini diisi oleh Marhamah Rosli, menandakan kepercayaan kerajaan terhadap kepimpinan dan kemampuan beliau dalam membantu mengurus hal ehwal agama di peringkat Persekutuan.

Pengumuman rasmi pelantikan Marhamah Rosli turut disiarkan melalui saluran utama televisyen serta platform media sosial rasmi Perdana Menteri, sekali gus mengesahkan kedudukan beliau dalam saf kepimpinan Kabinet Kerajaan MADANI.

Pelantikan ini dijangka dapat memperkukuh pengurusan dan pelaksanaan dasar berkaitan hal ehwal Islam serta institusi agama di Malaysia.

image is not available

UPACARA MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI SENATOR

@bharianmy

Penceramah agama, Marhamah Rosli, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) baharu, mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah petang tadi. beritaditiktok KerajaanMADANI

♬ original sound – Berita Harian – Berita Harian
Kredit: Berita Harian

Fakta Menarik Tentang Marhamah Rosli

  • Marhamah Rosli dikenali sebagai pencetus perjuangan #JusticeForZaraQairina.
  • Beliau adalah antara individu terawal memberi sokongan kepada Noraidah susulan pemergian anaknya, Zara Qairina, seorang pelajar di sebuah sekolah menengah agama di Papar yang disahkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu.
  • Beliau banyak berkongsi tentang perkembangan terkini tentang inkues kematian Zara Qairina.
  • Marhamah Rosli secara rasmi mengangkat sumpah jawatan sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, pada petang semalam.

Tahniah diucapkan kepada Ustazah Marhamah Rosli. Semoga dengan lantikan ini, beliau dapat menggalas amanah yang diberikan dengan penuh integriti, kebijaksanaan dan keikhlasan, serta menyumbang secara berkesan dalam memperkukuh pentadbiran hal ehwal agama demi kesejahteraan ummah dan negara.

Baca juga: