
Lebih banyak program tayangan ‘big screen’ atau skrin besar akan diadakan selepas ini bagi acara sukan yang melibatkan skuad negara. Ia merupakan usaha bagi menyatupadukan rakyat malaysia dalam menyokong atlet negara yang bertanding khususnya dalam acara sukan di peringkat antarabangsa.
Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS) Adam Adli Abd Halim, tayangan skrin besar tersebut akan diadakan di lokasi-lokasi yang bersesuaian dengan kerjasama pelbagai agensi dan bukan sahaja melibatkan perlawanan bola sepak tetapi juga sukan-sukan yang lain.
Tambah beliau lagi, ia merupakan usaha yang sama dilakukan KBS bagi sukan hoki dan bola sepak sejak tahun lalu, dengan menjadikan tayangan skrin besar sebagai program yang lebih sistematik.

Perkara itu didedahkan timbalan menteri terbabit semasa program tayangan skrin besar kejohanan bola sepak Piala Asia melibatkan pasukan Malaysia dan Korea Selatan yang berkesudahan seri 3-3.
Artikel berkaitan : Tular Menangis Ketika Raikan Gol Malaysia, Rupanya Ini Kisah Di Sebalik Tangisan Abang Rambut Perang
Artikel berkatian : “Ingat penyokong mesin ATM ke?” – Peminat Bola Sepak Marah Tiket Perlawanan AFF Terlalu Mahal?
Adam Adli berkata, dua program tayangan skrin besar sebelum ini melibatkan pasukan kebangsaan ketika melawan Jordan dan Bahrain dihadiri seramai 62,000 penyokong seluruh negara di 16 lokasi terpilih.

Tambahnya lagi, pelbagai aktiviti selingan juga bakal diadakan semasa program tayangan perlawanan atau acara yang melibatkan pasukan atau atlet negara tersebut.
Sumber : The Sun
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


